Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 6

Bas sampai di satu kawasan rehat di lebuh raya. Para siswa siswi turun untuk makan dan rehat. Ada yang terus ke tandas dan ada yang mengambil peluang mencari teman.“Jom turun minum dulu.

”Ajak Aidil Ikhwan lembut. Walaupun tak lapar Lia gagahkan diri turun ke kedai. Semasa melintasi bas yang kedua dalam rombongan itu , dia ternampak Fazli dan geng mreka. Dan dari belakang , dia ternampak kelibat seseorang yang cukup mengingatkan dia kepada kenangan di SMK Datuk Patih .

Iskandar ! detik hatinya .Tak mungkin !

Sekian lama hatinya kosong , berpisah selepas tamat peperiksaan STPM. Sekian lama dia mengubati hati lukanya. Tahun demi tahun dia mengelak dari Irwan, kerana bertemu sepupunya Irwan akan mengingatkan dia pada Iskandar. Seingatnya, tak ada pulak Irwan cakap Iskandar masuk ke USM lepas STPM dulu .

Lepas makan dan rehat, bas terus berjalan menuju destinasinya. Manakala tiga buah kereta ikut dari belakang .Perjalanan dirasakan Lia semakin menarik. Beberapa pasang mata mencuri pandang Lia dan Aidil .Mereka dikatakan pasangan baru. Namun Lia sedar hakikat itu. Dia sekadar teman biasa .Biarlah apa yang orang fikir.Ia takkan merubah kasih dan cinta Lia buat Iskandar, tak satu, tak dua dan tak tiga, Iskandar tetap Iskandar.Jantung hati Lia yang satu.Bas memasuki kawasan perumahan .

“Bertuah pasangan Rizal dan Suzana “Kata Lia .

“Kau suka tak Lia””Tanya Aidil lagi.

Lia angguk dan tersenyum manja. Aidil puas.Pertama kali terasa bahagia di sisi Lia

.“Untung lah , masa dia kahwin, 2 buah bas datang. Ramai kawan yang hadir." Kata Lia.

Mereka turun beramai-ramai dan berjalan menuju kawasan rumah pengantin yang besar. Rumah besar Rizal dengan halaman yang luas cukup menampung tetamu yang datang dari kampus dan dari jauh untuk merestui perkahwinan mereka. Separuh di rumah Rizal dan separuh lagi di rumah Mak cik nya .Saat-saat yang dinantikan tiba. Semua tetamu ke ruang khas pelamin. sungguh meriah dan warna-warni .

“Mari..abang kenalkan . “Kata Fazli menarik lengan Lia. Lia ikut seperti lembu dicucuk hidung . Aidil Ikhwan mengekori mereka.

“Iskandar …ini Lia adik aku ! “ Ujar Fazli. Lia seperti patung bernyawa, tak berekelip memandang Iskandar .

Begitu juga Iskandar .Merenung wajah Lia dan sekejap ke arah Fazli dan Aidil Ikhwan.Seingat dia Aidil ialah kawan kepada “room-matenya’.Itukah kekasih baru Lia Amalina.Gagah dan tampan di sisinya.Lia dan Iskandar kelu tanpa bicara. Debaran memekik di dada. Iskandar dan Lia sama-sama bungkam. Pertemuan yang ternoktah dua tahun lalu. Lia terasa kolam matanya panas dan air jernih seperti mahu mengalir laju. Diseka air mata dengan cepat.Fazli terkesima melihat adiknya begitu.

“ Lia…”Panggil Fazli lagi. Lia memandang Fazli. Terasa matanya masih panas .

“ Ini kawan abang ? “Tanya Lia lembut. Tenang seperti hari perpisahan mereka dahulu. Hati Lia bergumam sendiri, Ya Allah! Apakah ujian yang sedang kau berikan. Iskandar di hadapan aku, dan aku hanya mampu kaku tanpa kekuatan!!.

“ Hai!! Lia Amalina “ Iskandar memulakan bicara.Menghulurkan salam perkenalan . Hanya Tuhan yang tahu, gelora yang sedang membadai dalam jiwanya, ini kah waktunya, dia bertemu semula gadisnya, itu pun dalam keadaan yang tidak dirancang.

“Iskandar Hakimi. !! “ Giliran Lia pula berbasa-basi, dan kali ini penuh makna. Cuma dia dan Iskandar yang mengerti. Tidak tahu di mana bermulanya debar di dada .Iskandar terdiam sejurus. Mencari sinar pengertian di wajah gadisnya. Lia tetap seperti dulu. Malah menawan dengan baju kurung warna pinang masak.Cantik. Hati Lia? Tak dapat dipastikan hati Lia milik siapa.Iskandar bersikap tenang. Namun di hatinya cukup parah.Terasa ingin dipeluk dan diusapi wajah Lia. Ingin dia membelai Lia. Apakan daya, cuma ilusi mindanya.

" Jom…”Tangan Lia ditarik Aidil ke satu sudut menyaksikan detik manis pengantin. Lia terdiam. Cuma mengikut.Fazli pula yang merasa pelik mulanya, membiarkan dulu soal itu.Nantilah di rumah, dia akan bertanyakan Lia hal itu.Adakah Lia ada kaitan dengan gadis yang melukai Iskandar suatu masa dahulu.

Iskandar terasa berbaur perasaan.Gadisnya dalam pegangan orang lain. Dia dapat rasakan debar di hati Lia namun suasana tak mengizinkan mereka berbicara lanjut.Kalau benar itu pilihan Lia, dia pasrah .

“ Is, kat sini rupanya?? “ Seseorang menggamit Iskandar .

Lia mememandang sepi. Seorang gadis cantik mendekati Iskandar.Lia tiba-tiba berbaur cemburu.Itukah pengganti dirinya. Lia terasa sebak tiba-tiba. Gadis itu memandang Lia dengan sinis seolah-olah memberitahu Iskandar adalah miliknya.

Fikiran Lia menerawang. Gadis itu bukan Ila, bukan Liza yang menggilai Iskandar dulu. Siapakah dia yang mampu mencuri hati Iskandar.Sedang Lia di sini mempertahankan cinta mereka dalam diam.

“ Kenalkan …Fatin …” Bicara Iskandar .“ Dan ini Lia Amalina . Rakan sekolah menengah dulu .” Tukas Iskandar .

“ Hai …” Lia membahasakan diri .Fatin Cuma tersenyum dan memandang Iskandar . Lia sungguh jengkel. Mengapa gadis seperti itu pilihan Iskandar . Wajahnya tak dinafikan cantik . Macam ada darah campuran .Lia dan Aidil berlalu ke bawah menikmati jamuan .Sementara Iskandar dan Fatin masih di tempat pengantin .

Namun Tuhan sahaja tahu ke mana fikiran Iskandar dan Lia. Mereka bersatu di alam tak bernama .Masing-masing terkenangkan sendiri .Terkenangkan kerinduan yang membuak masa lalu. Terkenangkan memori cinta luka yang berdarah dan tak pernah kering .Irwan tak pernah ceritakan Iskandar di USM ini . Benarkah Irwan memegang janjinya . Lia berbisik dalam hati . Mencari kepastian .

“ Kenapa diam ? Dari tadi wajahmu seperti hilang serinya Lia. “ Soal Aidil dan memang dia cemburu melihat perubahan wajah Lia setelah terserempak dengan Iskandar tadi .Cuma dia tenang kerana disangka Iskandar sudah berteman dengan Fatin.

“ Kenal Iskandar ? “ Tanya Aidil lagi .
“ Kawan lama aku…masa di Datuk Patih dulu .” Ujar Lia tenang .

Kalau boleh tak mahu Aidil menghidu sejarah cinta mereka . Aidil seperti tidak percaya namun digagahi hatinya kerana itu jawapan Lia dan dia menghormatinya.Lia seperti tak tega duduk di rumah Rizal dan Suzana. Wajah Iskandar sememangnya merantai kenangan masa lalu .Teramat sukar dia melupakannya . Memang Lia sungguh terseksa dengan memori Iskandar .Demi Tuhan aku mencintaimu lebih dari diriku Is…bisik hati Lia dalam diam .
“ Lia nak ikut abang pulang . “ Kata Lia kepada Fazli.Fazli seperti terkejut .Namun tak menghidu apa-apa perubahan pada Lia.

“ Kenapa …kan datang dengan Aidil…balik lah dengan dia.” Kata Fazli lagi.
“ Malaslah abang…Aidil tu, asyik nak bawa orang pergi jumpa Pak Ngah dia. “ Kata Lia menambah .
“ Itulah…adik abang ni , lawa sangat .Orang tu nak bawa , orang ni nak bawa ….” Usik Fazli lagi . Dan dia tak tahu adiknya terluka kalau masih berada di situ .
“ Aidil macam mana bang ? “ Tanya Lia lagi .
“ Abang cakaplah nanti . “ Balas Fazli .
“ Kau nak ikut Fazli ? …kenapa Lia?? “ Tukas Aidil yang baru datang dari dapur . Lia diam sejurus. Lia mencari kekuatan sendiri .

“ Rasa tak sihat badan pula … “ Bohong Lia tiba-tiba .Tak terfikir membohongi Aidil . Tapi memang dia tak sedap hati berdepan dengan Iskandar .

“ Aku temankan sekali .” Bingkas Aidil bersiap dan membuntuti Lia ke ruang depan.
Di situ beberapa pelajar lain ada yang bersiap untuk pulang .Ada pula yang merancang bersiar-siar di bandar Ipoh .Lia sudah sedia di kereta . Fazli dan dua rakannya bersama Aidil masih di halaman bersembang dengan Rizal .

Lia membuang pandang . Dan, menyedari Iskandar memerhatinya dari jauh . Hati Lia berdetik lagi . Cemas, rindu dan cemburu . Kalau ikut hati dia ingin tahu siapakah Fatin di sisi Iskandar .Buat apa menaruh kasih pada orang yang tak sudi .Begitu fikir Lia . Kereta bergerak dan menyusuri lebuh raya . Pulau Pinang menggamit senyuman Lia.

No comments: