Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 5

Lia Amalina , Zarina, dan Nani menoktahkan ayat terakhir untuk kuliah pagi itu. Mereka turut keluar berpusu-pusu bersama-sama pelajar yang lain .

“Lepas ni …jom kita ke Canselori, aku nak ke Jabatan bahasa kejap.”Kata Zarina lagi .

Mereka berempat memasuki kereta dan menderu ke Jabatan Bahasa. Kemudian menghadiri kuliah petang di Dewan Tuanku Syed Putra .Lia dan rakannya mengambil tempat duduk paling hujung . Supaya senang nak keluar nanti . Selepas kuliah mereka berjanji untuk ke Gelugor mencari kuih-muih sebelum pulang .

Lia memandang pelajar yang keluar masuk .Dia kini di tahun kedua pengajian di Universiti Sains Malaysia .Tinggal satu setengah semester untuk menamatkan pengajiannya .Dan selepas ini tidak pasti ke mana arahnya .Mengikuti Papa berkerja di syarikat atau berdikari sendiri .Mungkin dia akan menetap di Kuala Lumpur .

Tiba-tiba dia terperasan wajah seseorang.Darahnya tersirap ke muka. Seperti tak percaya. Terasa lemah seluruh anggota .Namun hatinya tidak percaya. Sekali lagi dia mengamati wajah itu, dia hilang arah. Barangkali, perasaan sendiri.Rungut Lia .

Kuliah berlalu dua jam selepas itu .Mereka berpisah di situ. Lia dan kawannya menaiki Satria Merah menderu menuju ke rumah Mak Long. Mereka janji minum petang di sana. Selepas membeli kuih, mereka tiba.Abang Fazli, abang sulung Lia sudah tersembul di muka pintu. memakai jeans birunya dan T-Shirt hitam, dia nampak segak dan tampan. Lia sampai. Mereka masuk ke rumah .

“Adik abang dari mana ? “Tanya Fazli dan menarik hidung Lia.Kemesraan mereka jelas tergambar walau berjauhan dari ibu bapa. Mak Long tidak ada anak walau dah lama kahwin. Mak Long selalu ambil anak buah tinggal bersamanya menghibur hati dan menemani sunyinya.

“ Abang …siapa yang nak kahwin tu ?? kawan abang tu?? “Tanya Lia tiba-tiba.“ Rizal dan Suzana . kenapa ? “Tanya Fazli pula.

Seingatnya Lia tak mahu ikut bila dia ajak hari tu.

“Kawan Lia…ajak Lia ke sana. Katanya Rizal tu anak kawan baik ayahnya. “ Terang Lia.

Dia teringat semula Aidil ikhwan bersungguh-sungguh mengajak dia menemaninya ke Ipoh minggu depan

.“ Pergi berdua dengan kereta ? “Tanya Fazli kembali .

“Tak…rombongan pelajar dengan bas sewa khas .” Tujah Lia.

Dia tahu Fazli cukup mengawasi gerak lakunya di luar .sampaikan kawannya sendiri pun diberi amaran agar jangan mengusik Lia.Lia tersenyum sendiri bila mengingati ada kawan abangnya yang sering berkirim salam pun takut dengan abang Fazli.

“Siapa??Abang kenal tak kawan Lia tu ? “Tanya Fazli lagi .

Lia diam . Hendak disebut atau tidak . Kedatangan Mak Long bersama juadah petang menoktahkan perbualan mereka. Mujur Mak Long datang, kalu tak tak tahu nak cakap apa pada Fazli. Dia berfikir dalam hati .

“Mari..makan dulu tak habis kalau berbual tu …..”Panggil Mak Long .

Zarina dan Nani sudah biasa dengan keluarga Lia dan dah macam saudara .

“ Fazli nak keluar ke malam ni ? “ Tanya Mak Long .

“ Ada kawan abang kemalangan kecil…nak ke rumahnya .Tidur di sana.”Beritahu fazli yang membahasakan dirinya abang dengan Mak Long dan yang lain

“Siapa kawan abang tu ?? “Lia menanya manja.“Iskandar !!.” Jawabnya lagi , sambil terus menikmati juadah petang .

Tiba-tiba Lia tersedak. Dan terbatuk-batuk .Mendengar nama Iskandar, hatinya segera berkocak. Adakah Iskandar ini ialah Iskandar Hakimi yang dia kenal. Benarkah itu Iskandar Hakimi yang menjadi tugu cintanya selama ini hingga tak terbuka untuk orang lain .Mereka meneruskan makan tanpa banyak bicara.

Kemudia masing-masing mengambil arah sendiri. Selepas menghantar rakannya pulang, Lia terus masuk ke bilik.Dia merebahkan badan ke katil. Fikirannya menerawang. Wajah kacak dan teduh Iskandar bermain di mata .Puas dia pejam. Sudah puas dia cuba melupakan Iskandar.

Sungguh kuat kesan cinta Iskandar padanya sehingga dia tak mampu melupakan. Sehingga dia tak nampak orang lain selain Iskandar. Sehingga dia berkali-kali terpaksa menolak hasrat Aidil Ikhwan.Benarkah Iskandar di sini. Iskandarkah yang dilihatnya di DTSP, atau Iskandar yang disebut oleh Fazli tadi adalah orang lain yang tak dikenalinya. Dia gusar. Kusut memikirkannya. Kalau benar Iskandar di depannya, apa yang harus dilakukan. Akhirnya Lia tertidur jua dalam kepenatan.

****************************

Lia sampai di perpustakaan. Memang tepat jangkaannya, Aidil sudah menunggu di tempat selalu. Lia tahu benar itu tempat Aidil. Saban hari dia sedar Aidil memerhatinya dari jauh .Lia duduk depan Aidil Ikhwan. Rakannya Nita, dan yang lain duduk di meja bersebelahan. Lia merenung tepat ke wajah Aidil. Cukup tampan. Namun bukan itu yang dipandang Lia.

“Lia tahu kan….perkahwinan Suzana Dan Rizal. Jadi? boleh ikut ? “Tanya Aidil Ikhwan lembut.

Bimbang terguris hati Lia. Cukup sukar menangkap burung yang seekor ini. Jinak di tangan tapi ditangkap lari

.“ Kali ini sahaja !! “ Gumam Lia.

Besar anak mata Aidil. Kembang hati mendengarnya .

“ Keretaa….”“ Bas !! “ Tambah Lia .

“Okay lah ….” Tujah Aidil Ikhwan .“ Lia …aku tak tahu sejarah silammu ! …kenapa kau menjauhkan diri bila aku mendekati. Kau tahukan ….” Aidil membuka bicara.‘

Aidil….aku bukan seperti yang kau harapkan. Aku tidak tahu bila aku boleh berpaling dari masa silamku. Aku pernah kecewa.”Tukas Lia lagi .

Lembut dan tenang. Masih seperti selalu .

“ Lia…aku akan menunggu.Berilah ruang waktu buat dirimu dan diriku.”Ujar Aidil Ikhwan penuh harapan.Aidil Ikhwan ini tak pernah memaksa.

Malah berusaha cara baik untuk merajai hati Lia Amalina.Selepas habis ulangkaji di perpustakaan, Lia dan Aidil menuju ke kafeteria di depan Dewan Kuliah G Nani dan Zarina sedang menanti mereka.Mereka mengambil tempat di suatu penjuru. Kemudian mengikut barisan mengambil makanan. Dua biji kuih dan secawan kopi menjadi pilihan Lia pada pagi itu, begitu juga yang lain .

“ Tengah hari makan di mana ? “ Soal Aidil lagi .

“ Kami ada kuliah jam 2 nanti “ Nani menjawab kerana melihat Lia sedang minum.

“ Aku tunggu kau lepas kelas. Kita pergi KOMTAR nanti. “ Ajak Aidil lagi .

Lia sungguh serba salah. Aidil sentiasa mengajaknya keluar walaupun tahu dia tak pernah membuka ruang untuk lelaki itu .

“ Nak cari bahan tugasan lepas kuliah . “ Lia berbohong .

“ Okay …next time jer …” Tukas Aidil seperti biasa jika Lia menolak. Nani dan Zarina tertawa dalam hati . Mamat yang sekor ni tak reti- reti.Jangankan Aidil Ikhwan, datanglah sejuta lelaki pun yang kacak dan tampan, namun tetap tak dapat gantikan tempat Iskandar di hati Lia. Dari jauh Lia tetap dambakan cinta Iskandar.

Memori zaman persekolahan tetap segar di ingatannya biarpun dua tahun wajah Iskandar hilang dari mata .Menjelang jam 5 petang Lia tiba di rumah selepas menghantar rakannya pulang.

“Lia….siapa kawan Lia yang ajak Lia ke majlis kahwin tu ? “Tanya Fazli tiba-tiba yang muncul dari dapur .Mematikan lamunan Lia. Lia berkalih duduk .

“Aidil Ikhwan .”Balas Lia jujur. Tak payah lagi bersandiwara. Kalau abang nak marah pun, dia rela. Dia tahu Fazli bukan suka sangat dengan kawan-kawan pilihan Lia.

“Aidil Ikhwan anak ahli korporat tu ?? “ Tanya nya lagi untuk kepastian .

Lia angguk dan berdoa Fazli tak marah. Lia tahu sebut nama Aidil Ikhwan memang ramai yang kenalinya. Bukan kerana ketampanan sahaja bahkan kekayaannya juga menjadi buah mulut orang dari bibir ke bibir.

“Kalau macam tu, abang kenal.“ Balas Fazli.

“Nak naik dulu “ Kata Lia dan menggosok mata memberi isyarat mengantuk.
Fazli masih duduk di ruang tamu .

No comments: