Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu :4

STPM telah berlalu . Begitu juga kenangan Lia dan Iskandar. Cinta mereka menjadi sejarah SMK Datuk patih. Cinta yang ternoda kerana dendam.Pertemuan Lia di rumah Iskandar menoktahkan hubungan yang terjalin sekian lama. Ila yang tidak sempat menjelaskan segalanya cukup merana. Merana kerana prasangka. Atau kerana balasan Tuhan terhadapnya.

Tuhan yang menentukan cinta itu. Tuhan juga menyatukan cinta itu. Tuhan menemukan Lia dan Iskandar. Tuhan juga memisahkan dua hati yang baru menjadi satu itu .Siapa yang salah dan siapa yang benar tidak timbul. Lia terlalu naïf. Terlalu mengharap pada cinta. Sekali terluka kekal abadi. Lia tak mahu cinta Iskandar berbunga lagi kalau madunya manis seketika .

Bagi Lia alam percintaan terlalu indah, kalau boleh biarlah ia kekal selama-lamanya. Jika tiada jodoh antara dia dan Iskandar, biarlah kalau itu kehendak azali tetapi hanya Tuhan yang tahu betapa dia terseksa dengan memori Iskandar.

“ Lia pasti mengikut Mak Long ke Pulau Pinang ?? “Tanya Datin Maria, ibunya.

Sejurus dia memandang wajah sebu Lia. Seolah-olah Iskandar telah merampas serinya. Irwan hanya diam memandang Lia.Dia juga sayangkan Lia, dia kasihkan Lia, dan saat ini seolah-olah dia kasihankan Lia. Diam tetapi mengandung seribu kesedihan.Kepedihan yang tak tertanggung .Kalau benar Iskandar begitu kenapa memberi Lia ruang waktu menikmati detik-detik manis bersama. Bukankah Iskandar merantai Lia dalam kepedihan hati yang dalam

.“ Abang doakan Lia bahagia .”Ujar Irwan pula.“ Jangan lupa , kirim salam dengan Abang Fazli “ Tambah Datin Maria lagi.

“ Abang berikan surat ini buat Iskandar. “Ujar Lia dan menghulurkan sekeping sampul surat.

Masa itu ibunya telah beransur turun membawa beg Lia. Dia sengaja membiarkan Lia berbual dengan Irwan. Hal orang muda fikirnya. Biarlah Lia matang demikian. Irwan bungkam. Sepi mewarnai Susana .

“ Dia pergi ? “ Tanya Iskandar .Mata teduhnya sungguh mengharap.

Mengharap Lia tidak pergi. Mengharap gadisnya memaafkan dia. Mengharap dan mengharap cinta Lia untuknya masih ada . Tiada jarak dan waktu mampu memisahkan cinta kita Lia. Iskandar berdialog dalam hati

.“ Aku tak mampu menghalang Is. ! “Irwan bersahaja .

Diam dan lantas meninggalkan Iskandar, di suatu sore yang indah. Pawana bertiup lembut. Mengalunkan lagu rindu dua hati.Iskandar membuka sampul surat Lia. Lalu menyelami hati Lia dalam tinta biru itu .

Dia meraup wajahnya. Sungguh dia terpana .Mata teduh Iskandar merenung jauh. Jauh dan jauh .Entah bila dan di mana .Hari pun berlalu dengan pantas.

No comments: