Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 3

“Sepi mengajar kita memahami rasa cinta ….telah kucuba tapi tak berdaya ..hendak kulupa teringat semula seraut wajah ….”Suara penyanyi kumpulan Mutiara yang membawakan lagu Mutiara itu benar-benar menjerut persaan Lia.

Berita kemalangan Iskandar di Jalan Pantai Cahaya Bulan tempoh hari cukup memilukan. Lia menangis dalam hati, namun tak berdaya hendak meluahkan.

“ Lia…Irwan di bawah ! “ Panggil Datin Maria. Mendesak Lia turun ke bawah .Lia lambat-lambat melangkah .memakai jeans hitam dan baju T warna biru gelap. Bersama raut wajah yang sepi kerana wajahnya cukup menunjukkan hatinya yang keresahan.Tentu kerana Iskandar. Fikir Irwan.Mengapa Lia tidak menerima cinta Iskandar tidak diketahuinya. Mungkin itu permainan cinta. Menyakitkan dan melukakan tetapi cukup indah. Bagi Lia, duka lara adalah saat terindah dalam hidupnya.

“Abang dari hospital . Iskandar dah sedar.” Ujar Irwan lembut .Lia terduduk di sofa merah buatan Itali. Terhenyak dukanya di situ. Tanpa sedar ada manik jernih menitis. Kolam matanya yang basah segera diseka.Kalau boleh tak mahu Irwan tahu hati dan jiwanya sungguh sengsara. Batinnya menangis. Jiwanya meronta pilu. Segala-galanya kerana Iskandar.

“Ikut abang ?? “ Tanya Irwan lagi.Diam seribu kata. Bisu seribu bicara. Ada resah di wajahnya.Lia angguk. Seolah-olah dibawa angin lalu. Memakai jaket jeans warna biru, Lia mengekori Irwan masuk dalam kereta .Lia berdiri di pintu .Memerhati dari jauh.Namun bagai disayat sembilu .Ikutkan hatinya ingin dia memeluk Iskandar dengan erat dan takkan lepas lagi .Beberapa pelajar Kelas 6 Atas Cekal juga ada bersama. Semua menyokong Iskandar. Iskandar Hakimi pemain bola sepak kebanggaan SMK Datuk Patih .

“ So?? Macam mana ?? “ Irwan menujah tiba-tiba .Iskandar senyum. Dia tahu Irwan tahu hati Iskandar tidak sembuh lagi kerana Lia Amalina

.“ Aku bawakan kau penawar ! “ Bisik Irwan perlahan.Yang lain seolah-olah mengerti memandang ke pintu. Lia terkesima. Terhenti langkahnya. Langkahnya mati. Matanya berlabuh di wajah kacak Iskandar yang lebam biru. Ingin dia mengusapi wajah itu. Namun apa daya tangan tak sampai. Lia hampir dikatil Iskandar.Ada dua botol drip bergantungan. Dia tahu Iskandar kehilangan darah. Kumpulan Kamal Adli dan Irwan beransur ke belakang. Melangkah perlahan tanpa Lia sedar.

“Kau milikku Lia…dan aku milikmu…”Iskandar membisikkannya .kalimah itu menyerap ke telinga Lia dan meresap ke setiap urat sarafnya hingga ke sum-sum tulang .Terasa dunia milik berdua.

No comments: