Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 2

Masa semakin hampir menunggu detik-detik pepriksaan STPM.Pantai Cahaya Bulan menjadi saksi pertemuan dua hati petang itu. Lia dan Iskandar.“Terima kasih kerana datang !! “ Ucap Iskandar tenang.Matanya mencuri wajah Lia. Jatuh tepat ke mata Lia. Gadis itu tunduk. Tak mampu menongkah mata redup Iskandar. Teduh matanya cukup menggoncang sukma.“ Irwan yang bawa Lia. Bukan sengaja nak datang ! “ Lia menipu hatinya.Cukup terluka. Lia berjauh hati dengan Iskandar. Sangkanya Iskandar seperti lelaki lain. Memang manis masa bercinta .“ Lepas peperiksaan Is akan mengikut Papa ke Kuala Lumpur. Tidak tahu kita akan bertemu lagi. Entah bila dan di mana “ Iskandar menyuarakan isi hatinya.“Semoga Lia tak menghalang perjalananmu. “ Lia membalas .Suram dan sunyi. Masing-masing menyelam perasaan sendiri. Cukup sukar Iskandar mentafsir hati emas Lia. Lia tenang di dalam. Tak pernah berkocak walau air bergelora.“Aku minta kepastianmu Lia. Kau tahu betapa aku ….”Iskandar hilang punca. Tunduk dan menguis pasir. Lalu melabuhkan pandangan ke laut lepas Pantai Cahaya Bulan.Sesekali memerhati orang ramai yang bermain di gigi pantai dan pasangan kekasih yang berpegangan tangan menyusuri pasir putih. Lia tunduk seketika. Mencari kekuatan menatap wajah kegilaan SMK Datuk Patih itu.Lia masih membisu. Membisu seribu bicara. Diam seribu kata. Ombak menghempas ke pantai. Berjauhan itu, Irwan sedang melepas pandangan ke laut lepas.Sungguh Lia kehilangan kata-kata. Pemidato sekolah itu tiba-tiba hilang hujahnya, Mati faktanya dan hangus bicaranya. Pertemuan mereka tak berpenghujung .Ternoktah di situ. Garisan pantai yang sepi menyaksikan cinta yang tak berpenghujung.

No comments: