Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 1

LIA AMALINA terdiam .Pandangannya tiba-tiba terasa kelam. Kolam mata bundarnya tiba-tiba basah menakung segugus mutiara jernih berkaca.Terasa hati diremuk redam, terasa hati dipanah busar berdarah. Ila yang memulakan segala-galanya. Ila yang sengaja mencalit duka di hati kecilnya. Semuanya kerana Ila .

Ila yang tidak disangkanya sedemikian busuk niat di hati, Ila yang ayu pada pandangan mata Kamal Adli. Ila yang sempurna erti seorang gadis pada mata Kamal Adli.Langkahnya yang terhenti disambung.

Dia menuju ke perhentian bas di hadapan Kedai Nasi Lemak Zakiah. Dia betul-betul terasa. Benar-benar kecewa dengan sikap dan kelakuan Ila. Malah Kamal Adli, sekalipun Iskandar Hakimi yang menjadi pujaan pelajar SMK Datuk Patih.

Biar mereka dengan dunia idaman mereka. Bentak hati Lia.Langkah diatur panjang-panjang ketika namanya dilaung berkali-kali. Motosikal Kawasaki Ninja hijau pandan berhenti menghalang langkahnya. Dia terhenti tiba-tiba .
“Is hantar?? ““Terima kasih . Lia naik bas “.“Masih marah ?” soal Iskandar .
Lia tetap diam. Wajahnya merona merah seperti udang kena bakar. Sakit di hatinya tetap bersarang.
“ Lia nak balik dengan abang?' Suara Irwan sepupunya mematikan pertelingkahan mereka.Entah dari mana Irwan muncul pun Lia tak tahu. Cuma kedatangan Irwan menoktahkan pertemuan itu. Mereka diam sejenak melayan perasaan.

‘Emm….” Tujah Lia dan membuka pintu kereta Satria Merah milik Irwan yang menjadi gilaan gadis di sekolahnya.

Irwan memang tampan. Tak kalah digandingkan dengan Kamal Adli dan Iskandar Hakimi. Tetapi, tiada perasaan aneh yang terbit dari hati Lia kerana Irwan dianggapnya abang.

Iskandar terpempam. Lia kalau marah memang payah nak ubat. Bentak hati Iskandar. Iskandar tertinggal bersama-sama wangian Lia Amalina.

*************************“
Ila … Ila tak patut buat Lia begitu ! …” Tukas Nita ketika rehat di kantin sekolah. Wajah Ila hanya menunjukkan riak bersahaja.

Tidak ada apa-apa bunga kekesalan terbit di hatinya. Memang dia akui Lia cantik. Memang dia nobatkan Lia pelajar paling cantik di sekolah, malah selama yang dia berkawan, kawannya bernama Lia Amalina lah yang paling cantik, dan menawan hati. Lia tinggi lampai, kulit putih kapas, bibirnya merah semula jadi, dan senyumannya sungguh mencairkan perasaan. Dia tak nafikan mengapa ramai pelajar lelaki tertarik kepada Lia, biarpun Iskandar, biarpun Kamal Adli.

“ Apa yang aku buat semua salah !!! ‘ Tujah Ila seketika. Sejurus dia menarik nafas panjang. Melepaskan sebuah keluhan yang besar. Ada sepi bersarang di kalbunya. Ada luka di hatinya. Ada kesedihan bertamu.Deringan loceng yang lanjut itu menoktahkan perbualan mereka. Walaupun Ila begitu, Nita tetap kawan karibnya.


Guru kelas Ekonomi, Cikgu Rudin telah pun masuk ke kelas tanpa Lia sedari .Cikgu Rudin terperasan akan Lia. Semua pelajar bangun termasuk Lia walaupun lambat-lambat. Perjalanan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu terasa hambar. Sedikit pun kata-kata Cikgu Rudin tak masuk dalam kepala Lia. Bukan Kamal Adli saja terperasan kehambaran pada wajah manis Lia tetapi seisi kelas merasakannya.

Hari beransur tua. Petang menjelma kembali.“Lia…ada panggilan !! “ Datin Maria memanggil. Lia bergegas turun.Pantas tangannya yang cantik itu menyambut telefon dari Mama ."Thank you" Ujarnya"Hello! Lia bercakap ."Sepi. Sepi menyerang suasana .“ Lia…aku minta maaf atas apa yang berlaku !! “ Suara Ila kedengaran“Lupakan saja Ila.Aku dah lama maafkan kau walaupun tak pernah kau tahu dan aku tak harapkan persahabatan kita musnah “ Kata Lia benar-benar ikhlas.Benar-benar jujur dan cukup menghiris hati Ila.

Betapa insan bernama Lia Amalina cukup sempurna pada matanya. Lia ada segalanya. Aset milik Lia takkan tercemar, takkan hilang, takkan luntur walau Ila cuba menumpahkan tinta hitam ke atasnya.Ila teresak di hujung telefon. Lia kaku seketika.
“Jangan Ila, Kau mesti hadapi semua ni !!! ….” Lia memujuk .

Entah kenapa pilu mendengar esakan Ila yang dahulunya cukup dibencinya. Ila menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan. Walau kini semuanya sudah kembali seperti biasa. Ila menjadi tanda luka dalam memori remajanya .Telefon diletakkan dengan lembut. Selembut rona menyapa rindu. Pawana hitam sudah pun berlalu menerbitkan bunga kasih yang mekar di jambatan persahabatan .

**********************
“ Antara Kamal Adli dan Iskandar Hakimi siapa di hatimu Lia?? “ Suara Ila mengusik anganan Lia.Perlahan-lahan Lia menyedut air sirap dari “straw” di tangannya.Lia melabuhkan pandangan jauh-jauh . Tidak mahu terperangkap dalam pertanyaan Ila. Setahu Lia Ila pun ada hati pada Kamal Adli. Biarlah begitu kalau sudah takdirnyaLia senyum. Cukup menawan.

Iskandar memerhati dari jauh. Puas melihat ada garis senyuman terukir pada bibir Lia. Lia gadis idamannya sejak dari tingkatan empat hinggalah lewat remaja ini. Malah dia impikan Lia menjadi kekasih istimewanya .“ Kau bergurau ?? Aku tak pernah fikir sejauh itu."Lia bersuara perlahan dan tenang. Setenang air di kali.Wajah lembut itu merona merah tetapi kembali tenang.Namun dalam diam Lia terusik.


Entah mengapa dia sendiri sukar menafikan kehadiran wajah Iskandar dalam benaknya. Curi-curi dia cuba mempotretkan wajah itu di lubuk hatinya. Di lubuk hati yang paling dalam. Seingatnya cinta itu menyakitkan.


Kalau boleh tak nak bermain cinta sebelum lulus STPM dan masuk universiti.Deringan loceng yang panjang mengejutkan perbualan mereka. Tak terasa masa sudah beranjak. Mereka melangkah ke kelas. Meneruskan pelajaran hari itu. Bersama tekad di hati. Kejayaan pasti dimiliki.

No comments: