Friday, July 31, 2009

Pertemuan Di Garis Perpisahan .

Biarpun pertemuan ini tidak semanis madu
relakan ia menjadi secangkir rindu
meniti kalbu semalam
yang telah kau lalui

Dalam kesepian hati
yang menangis di tingkap waktu
mencari hilang dalam terang
seperti rumput kehilangan padang

Si tulip masih tersenyum
bicara bersama bulan yang masih bersedih
melihat bintang tertawa dalam tangisan
kerana setiap pertemuan ada perpisahan

Pada ranting persahabatan ini
kita membina keakraban
melukis keikhlasan pada pintu kesuma hati
seperti ombak,
tak pernah jemu memuja pantai

Begitulah kami,
tak pernah melupakan mu pada wajah kenangan
walau mengukir senyuman berdarah
di garis perpisahan ,

Kencana Merana ; End of 2001

Memori Aku Dan Dia

Memori Aku Dan Dia


Mac , 1996 , Kelas 6 Atas Budi, Sek.Men.Keb.Kota, Kota Bharu.

PENGAJARAN Cikgu Sharifah, guru mata pelajaran Sejarah 2 tadi seperti tidak masuk dalam kepala Yana. Mindanya teringat cerita Siti dan Yasmin tentang pelajar baru yang masuk ke kelas 6 Atas Cekal sejak dua minggu lalu.

Kosentrasinya terganggu. Apa yang menggigit hatinya ialah keakraban Iskandar dengan pelajar cun yang dipanggil Mira.

“Yana! Berdiri, cikgu nak keluar !” Suara Siti mengejutkan anganannya.Dia termalu sendiri, tambahan pula cikgu Sharifah menjeling tajam melalui kaca matanya.
Ucapan terima kasih cikgu bergema di segenap kelas 6 Atas Budi.

Asmadi, teman rapat Iskandar di Kampung Batu 4, melihat keruh di wajah rakan sekelasnya. Hanya dia yang tahu kisah Yana dan Iskandar selama ini. Kadang-kadang dia kasihankan gadis itu kerana tidak sedar cintanya dibalas dengan simpati bukannya kasih suci.


April, 1996, Bilik Mesyuarat Pengawas.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Iskandar Hakimi berjalan lancar, Sofea Ariana yang menjadi Setiausaha Agung tetap setia dengan tugasnya.

Akhir sekali, mereka dihidangkan dengan ucapan akhir oleh guru pengawas Cikgu Ismail Ishak.Orangnya tegas dan serius, jarang tersenyum membuatkan ramai pelajar sekolah yang gerun tatkala bertentang mata dengan guru lewat 40-an itu.

Yana menoktahkan ayat terakhir, mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang. Semua pengawas beredar kecuali AJK Tertinggi. Cikgu Ismail dan penolongnya Cikgu Siti Reha juga sudah beredar.
” Iskandar! ” Yana cuba memancing jejaka tinggi lampai dengan mata redup itu. Iskandar kacak dengan kulit yang tidak gelap seperti lelaki Melayu biasa , hidung mancung, dan sepasang mata redup tatkala merenung sesuatu.
”Yana...maaflah, kelmarin tak dapat datang .” Iskandar memberi jawapan yang Yana harapkan.
” Is, ada masa tak.Kita keluar Sabtu ni. Ada hal nak bincang.” Yana membuat usul.

Asmadi, Yasmin, dan Syamil, pengawas kelas 6 Atas Adil aliran ekonomi sedang mengemaskan kerusi. Mereka sesekali merenung sepasang kekasih yang dilanda badai itu.
”Sabtu ni, Is ada hal. Temankan mama .Dia nak ke KB, Is jadi pemandu.” Ujar Iskandar tetapi anak matanya seperti bersandiwara.Tiada cahaya dalam matanya.
Yana termanggu sendiri.

”Dah lah....Iskandar dah balik. Jom, balik dengan aku,” Syamil mengejutkan lamunan Yana. Syamil, kelas ekonomi, tinggal sekampung dengan Yana dekat Taman Tiong. Syamil pelajar paling terkenal sebagai jaguh bola sepak.

Jun, 1996 , Padang Bola Sepak, SMK Kota.

Yana duduk di tepi padang, bahunya terhenjut-henjut menahan esak tangis. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri, Iskandar dalam bilik pengawas berdua-duaan dengan Amira . Apa yang mereka buat, Yana tak mahu ambil tahu.

Yang dia tahu sekarang hatinya hancur. Yang dia rasa sekarang hatinya terluka. Dia benar-benar sedih, kecewa dan patah hati.
” Kau okay Yana?” Suara Syamil dapat didengarnya lembut.
” Yana! Yana! Kau okay tak?” Syamil memanggil lagi. Dia memegang bahu Yana. Gadis itu enggan menoleh.

Seketika, dia melihat sahaja reaksi Yana, mengharapkan dia boleh menenangkan hati gadis itu. Yana berpaling. Dia memandang ke arah Syamil, membuatkan lelaki itu tergamam. Tindakan Yana yang menangis mungkin di luar kawalan emosinya fikir Syamil.

Syamil berdehem dan cuba memujuk gadis itu, supaya tangisannya tidak bergema lagi.
” Tak cun lah kalau kau menangis macam ni Yana.” Usik Syamil.
Yana tersenyum sedikit, dia menarik nafas panjang, menyapu air mata yang tersisa.
Iskandar dan Asmadi memerhati dari hujung Blok E , melihat Yana dan Syamil di bawah rimbunan pohon kemboja.
”Aku bersalah pada Yana .” Iskandar membuka suara.
” Kau kena beritahu Yana hal sebenar Is. Kau tak boleh mainkan dia, dia cintakan kau , tapi kau mencintainya atas dasar simpati. Itu salah kawan! Kau menghancurkan hatinya. Baik kau bagi tau hal sebenar. Sebab, aku tahu, Syamil memang ada hati dengan Yana. Yana yang tak nampak, sebab di hati Yana, hanya ada kau .” Asmadi memberi nasihat pada kemelut cinta rakannya.


Penghujung November 1996, Dewan Peperiksaan SMK Kota.

Kertas terakhir peperiksaan STPM hari itu berjalan lancar . Yana, Yasmin dan rakan-rakan 6 atas yang lain meraup wajah kemenangan, tanda peperiksaan sudah berakhir.Berakhirnya peperiksaan itu juga, tanda berkubur percintaan dia dan Iskandar.

” Yana nak buat apa lepas ni?” Syamil memulakan bicara semasa mereka makan tengahari di gerai makan dekat Wakaf Che Yeh.
” Yana pergi KL, ikut abang, jaga anak dia.”
” Mil pun pegi KL juga. Abah suruh ambil kelas komputer tinggal rumah mak saudara Mil kat Damansara.” Syamil galak bercerita.
” Yana dan Is macam mana?”
“ Dah jadi kenangan , dia beritahu Yana, selama ni dia tak cintakan Yana, dia cuma simpati., Yana yang salah tafsir.Tak ada jodoh kami Mil.”
“Yana tak tahu mungkin ada lelaki baik yang memuja Yana!”
Yana merenung wajah Syamil .Anak matanya seperti bercerita. Yana tidak mengerti.Dia juga tidak mahu salah tafsir buat kali kedua.
”Yana nak masuk USM kalau dapat!”
”Mil nak minta UM.” Ujar Syamil lagi.
”Thanks !”
”Bye Yana.Jangan lupakan Mil.”


Mac 1997 , Dewan Sekolah, SMK Kota.

” Tahniah Yana! Awak jadi pelajar terbaik tahun ni. Awak cemerlang Yana.” Ucap Cikgu Nahariah seraya memeluk erat remaja itu.
Ada air jernih bertakung di mata Yana. Ucapan tahniah bertalu-talu membuatkan hatinya berbunga riang.
Iskandar , dapat result yang baik juga, dia mendengar cerita kawan-kawan. Begitu juga dengan yang lain.Razali, Norzila, Zahini dan ramai lagi. Tak kurang juga yang kecundang dan ada juga yang cukup makan.
”Yana...rindu lah . ” Yasmin memeluk erat Yana.
”Nampak Syamil?”
”Tadi, abah dia yang datang ambil keputusan.Dia kat KL lagi.”
” Kau rindu kat dia ker?” Min mengusik.
”Kau ni.Tengok tu, Iskandar dengan Amira.Macam belangkas.” Yana memandang di hujung dewan.
”Dah...dia kan dah tak ada dalam kamus hidup kau! ” Min menceriakan Yana.
” Jom, makan. Aku belanja.” Asmadi tiba-tiba datang bersama Zai, Nida, Faizal dan Zubri. Mereka melangkah bersama.
”Mana kau Mil? Aku rindu! ” Hati Yana berdetik sendiri tatkala melepasi blok tingkatan 6 yang pernah mereka diami bersama.


Ogos , 1997 ,Dewan Tunku Syed Putra, USM, Pulau Pinang.

” Maaf ! ” Yana terkejut bila dia terlanggar seseorang di perkarangan dewan menyebabkan mereka terjatuh.Yana bangun, mengutip buku dan fail yang berterabur.
”Yana! ”
” Mil? Ahmad Syamil Hamdan?.”
” Dah tak ingat Mil ! Sofea Ariana Ahmad Tajuddin!” Syamil bersuara tenang.
Mereka berpapasan mata, wajah tampan Syamil semakin matang.Dia sempurna sifat seorang lelaki idaman wanita.
” Kau kan kat UM?”
”Aku tukar universiti Yana.”
” Aku suka USM. Aku suka ....”
”Aku nak bagi tau kau. Aku suka pada kau Yana. Mil cinta kan Yana.”

Yana kaget. Lama dia terdiam. Kemunculan Syamil sungguh misteri seperti misteri kehilangan Syamil pada hari STPM keluar dahulu.

”Tahniah, Yana pelajar terbaik sekolah kita.”
Yana senyum.Manja dan melirik.
” Yana tak percaya . Mil depan Yana. Yana ingat Yana salah tafsir. Yana baru kenal erti cinta sebenar selepas kita berpisah masa tingkatan 6 dulu.Perasaan Yana pada Is ialah suka dan kagum.Perasaan Yana pada Mil ialah cinta. ” Ujar Yana lembut.
”Thanks Yana, Mil bahagia bersama Yana. Masa sekolah lagi Mil cintakan Yana, tapi Mil takut bertepuk sebelah tangan.” Syamil membuat akuan jujur.
” Yana yang bertuah. Mil lelaki yang baik. ” Mereka bertukar senyuman.
Mereka mengorak langkah membelah senja.


Kencana Merana
November 2008 .
11.45 malam.

KIDUNG CINTA BUAT MU

Majlis jamuan makan sempena minggu suai kenal pelajar tahun pertama sudahpun berakhir. Dewan Tunku Syed Putra sedang dibersihkan oleh beberapa pelajar yang bertugas.Dina, Firas, Syikin, Azri, dan Julia masing-masing sibuk membuat semakan tugas terakhir. Mereka ingin memastikan semua sudut telah pun dibersihkan.Dina dan Syikin mencatat sesuatu di atas kertas setelah memastikan semuanya tersusun.

” Boleh saya mengganggu?” Satu suara memancing perbualan mereka.
Dina mengangkat wajah, diikuti oleh Syikin. Mereka melemparkan segaris senyum .
”Kenapa? ” Soal Syikin mesra dengan senyuman bergayut di bibir.Tambahan pula yang bertanya itu boleh tahan tampannya.
” Saya nak minta tanda tangan Dina Aulia.” Dia berbicara dan menjatuhkan pandangan ke wajah Dina.
”Saya? Kan, semua buku dah dikutip, tak perlu lah nak tanda tangan lagi. Lain kali panggil saya Kak Dina boleh?” Ujar Dina lembut dan menikam anak mata pelajar baru itu. Renunganya redup dan bersahaja.Tenang dan boleh mencairkan hati mana-mana gadis.

” Saya nak simpan buku ini sebagai kenangan.” Ujar pelajar itu dan menyuakan buku rekod tanda tangan pelajar baru kepada Dina.Dina termangu seketika sebelum bertindak. Melihat Syikin memberi anggukan, dia mengambil buku itu, sekilas membaca nama yang tertera di kulit hadapan. Dia membaca dalam hatinya nama Syamil Iskandar. Dina mencoret sesuatu. Buku itu bertukar tangan sekali lagi.

”Terima kasih .” Ucap pelajar lelaki itu. Senyuman bermain di bibirnya dan dia bergegas pergi.
”Ehemm....ada peminat ker?” Suara Firas mengejutkan lamunan mereka.
” Aku tak kenal pun, pelajar baru.” Dina menjawab dan tidak suka dengan gurauan Firas.
”Haaa....nak mula gaduh lah tu.” Syikin menyampuk. Dia tersengih memandang Firas yang menjadi gilaan siswi. Firas bukan saja terkenal dengan gelaran jaguh bola keranjang tetapi juga terkenal dengan kepintarannya berhujah.

Bulan Julai sudah pun berlalu, bulan Ogos menggamit tiba.
Latihan bola tampar hampir selesai. Dina Aulia dan Syikin berkemas.
” Saya nak cakap sikit dengan Kak Dina.” Satu suara membuatkan Dina dan Syikin menoleh.
”Pang........” Tamparan singgah di wajah mulus Dina. Rambutnya yang diikat ekor kuda bergerak-gerak.Dina memegang pipi yang pedih dan pijar.
”Jangan ganggu teman lelaki saya, kak Dina boleh cari lelaki lain.Dan, orang miskin macam Kak Dina tak setaraf dengan Syamil anak kerabat raja.” Amira melepaskan kemarahan di dada.
Dia tahu, Dina Aulia menjadi penyebab cintanya ditolak.Dia tahu Syamil meminati malah mencintai gadis itu dari jauh.

”Saya tak faham.Kak Dina tak pernah dan tak akan rampas kekasih orang.” Ujar Dina dalam kesabaran dan menenangkan Syikin yang mula naik marah melihat sikap kasar Amira .Kisah mereka menjadi tontonan beberapa kelompok siswa dan siswi yang berada di situ.
”Jauhi Tengku Syamil Iskandar! Dia milik saya” Ujar Amira angkuh dan berlalu pergi tanpa pamitan.

Hari minggu mereka bertemu di perpustakaan universiti .Selepas habis belajar mereka berhenti minum di kafeteria berdekatan hentian bas.
”Aku ada dengar kes kau kena tampar hari tu, maaf kalau aku tanya!” Firas memulakan perbualan.Syikin , Azri dan Julia menjadi pendengar.
”Aku tak pernah kenal budak tu, mahupun budak perempuan tu.Aku tahu dia junior kita, tapi aku tak pernah kenal, berkawan jauh sekali, apa lagi nak rampas kekasih dia.” Dina bersuara kendur.
” Kau tak tahu, ada pelajar tahun satu minat sangat kat kau.Dah tangkap cinta.” Firas bersahaja memberitahu.
”Siapa?Mana kau tahu?” Julia menyampuk penuh minat.
”Memang dia anak kerabat raja. Tengku Syamil Iskandar , budak KL. Dia dulu duduk sebilik dengan kawan aku.” Firas bercerita lanjut.
” Aku tak suka dengar gosip kau ni. Aku balik dulu.Jumpa malam ni kat foyer.Kita ada perjumpaan Kelab Pencinta Alam kan!” Dina bangun menepuk-nepuk punggung seluarnya. Mengambil beg sandang dan bergerak pergi.

” Kau lah...tengok dia dah merajuk.” Syikin merenung wajah Firas.
”Aku cakap yang betul apa! Budak Syamil tu nak memikat Dina.” Firas bersuara keras.
”Melepas lah kau Firas! Syamil tu, boleh tahan tampannya! Anak orang kaya lagi,jaguh bola keranjang juga aku dengar.” Azri mula memancing perasaan Firas.

”Hei...Dina tu, bukan perempuan mata duitan! ” Firas membela.
”Kau tak takut terancam ker?” Syikin mengusik dengan seyuman mesra.
” Jadi lah pungguk merindu bulan” Julia menambah.Mereka ketawa serentak.

Dina mengambil jalan jauh pulang ke biliknya.Dia singgah di tepi sebuah tasik buatan .Beberapa siswa dan siswi juga menghabiskan masa santai di sekitar tasik yang tenang itu.

Dina melabuhkan punggungnya.Dia membetulkan baju kemeja –T yang dipakainya. Rambutnya yang lepas bebas dibiarkan ditiup angin petang.
”Boleh saya duduk?” Suara itu menggamit anganan Dina. Syamil duduk sebelum Dina menjawab.
” Saya Syamil. Panggil Mil. Saya nak minta maaf atas kejadian Amira tempoh hari.Saya harap Dina tak ambil hati.Memang perangai dia macam tu. Saya dan Amira tak ada apa-apa hubungan, malah saya bukan kekasihnya.Dina tak rampas saya daripada Amira, sebab...sebab sememangnya saya yang jatuh hati pada Dina.” Panjang lebar Syamil membuka bicara.

Dina merenung tepat ke mata Syamil. Anak matanya coklat, wajahnya putih bersih, hidungnya lebih mancung dari lelaki Melayu biasa.Dia juga lebih tinggi dari Azri. Dia memang tampan dan kacak pada mata Dina.Namun, dia terlalu berterus-terang.Dina menelan liur mencari kekuatan.

” Panggil saya Kak Dina. Awak tak perlu jelaskan apa-apa Tengku Syamil.Saya tak mahu tahu apa-apa tentang diri awak. Dan saya, tidak mahu awak hadir dalam hidup saya. Pasal Amira, saya dah lupakan. Jangan kerana pertemuan ini, saya ditampar sekali lagi. Saya anak orang miskin yang sedar diri .” Dina memberi jawapan yang ikhlas.

Namun dia tidak tahu mengapa dia harus rasa sebak dan terharu di hadapan wajah tenang itu. Wajah Syamil cukup tenang.Setenang air di kali. Tiba-tiba sahaja bibir matanya terasa pijar dan pedih.
”Awak menangis?” Syamil menyoal. Dia cuba memegang bahu gadis itu yang lebih tua dua tahun daripadanya. Dina Aulia mengelak.

” Saya minta maaf.Saya tak berniat buat awak menangis.Berilah ruang untuk saya mengenali awak Dina. Saya tahu, usia kita berbeza, tapi saya tidak mengukur dari sudut itu. Saya melihat awak seadanya awak Dina.” Syamil menambah dengan lembut dan mendalam.

Dina terdiam sejurus mencari ketabahan. Kenapa lelaki ini terlalu berani. Kenapa ada getar di sudut hatinya bila memandang wajah Syamil. Dia tidak berperasaan sebegini bersama Firas sedangkan dia tahu Firas mengharapkan cintanya.

” Syamil, dengar! Saya harap kita tak akan jumpa lagi. Saya tak perlu jelaskan apa-apa pada awak.” Dina bangun dan menapak pergi.Meninggalkan wangiannya bersama semilir mengorak senja.
Mesyuart Kali Ke-2 , Kelab Pencinta Alam hampir selesai. Azri yang merupakan tonggak utama kelab itu membuat ulasan akhir.

” Dina , nampaknya kau kerja sorang lah. Patutnya ada sorang lagi ahli kita, tak datang pulak. Aku akan tolong apa yang patut. Kau tak kisah ker cari penaja sorang-sorang?” Azri bersuara serius.
” Tak apa . Nanti kalau ada masalah aku cari korang! ” Dina memberi keyakinan tentang projek pemuliharaan alam hijau yang akan mereka lancarkan dua bulan lagi.
” Assalamualaikum! Maaf saya terlambat. Ada kemalangan dekat Jalan Sungai Dua tadi.” Ujar siswa itu lalu duduk di barisan lelaki. Bilik Tutorial itu dipenuhi 15 orang AJK Tertinggi dan 10 orang AJK Kecil.

Dina memandang gerangan yang bersuara kerana dari tadi dia asyik menulis maklumat dari Syikin.
” Haaa....jadi awak lah ahli yang kami sangka tak datang tadi.” Ujar Azri dan berjabat tangan. Dia mengukir senyuman, dua tiga orang siswi tahun satu tersenyum-senyum memandangnya. Dia bersikap tenang sambil matanya tertancap pada satu wajah.

”Saya di bahagian mana Abang Azri? ” Soal Syamil bersahaja. Tangannya tak betah membelek-belek kertas kerja yang terkumpul di atas meja.
” Mil di bahagian Penaja dengan Kak Dina Aulia. Ada bantahan?” Ujar Azri berbahasa.
Syamil tersenyum puas. Memang dia mengharapkan satu bahagian dengan Dina.Dia tahu itu suratan takdir memepertemukan dia dengan gadis pujaannya.
Hati Dina membengkak, setan punya Azri letak mamat tu sekali dengan aku! Suara hatinya bergema marah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lepas kuliah , mereka makan tengahari di kafeteria. Meja yang dipenuhi lima sekawan itu gamat tiba-tiba. Ketawa Azri mencuri pandangan beberapa siswa dan siswi.
” Kau saja nak sakitkan hati aku! ” Dina bersuara.
” Hei...malam tu, kau tak membantah bila aku cakap.” Azri menambah.
” Kau tak bagi aku peluang. Kau jatuhkan hukuman tanpa perbicaraan.Aku tak suka kerja dengan mamat tu. Semacam jer. Panggil kau Abang Azri, tahu bahasa, panggil aku tak tahu budi bahasa pulak.” Dina meluahkan marahnya. Azri dan Syikin ketawa kecil.
” Lama-lama aku tengok, mamat tu dengan kau secocok lah. Aku suka pulak. Macam cincin dengan permata.” Azri makin galak menabur garam pada luka Dina.
” Kalau kau join kami kan senang.Aku geng dengan kau Firas.” Dina membuahkan kesalnya kerana Firas tidak ikut serta projek mereka. Firas mempengerusikan projek lain buat masa ini.
” Kau bagi tau aku, kalau budak tu kurang ajar! Aku ajar dia nanti! ” Firas tiba-tiba bersuara keras dan mengancam. Cemburunya makin menebal.Tambahan pulak, ada rakan kuliahnya menceritakan pertemuan Dina dan Syamil di tepi tasik tempoh hari.Dia hairan kenapa hal itu Dina rahsiakan. Atau mungkin Dina juga ada menaruh rasa pada budak tahun satu itu.

”Jangan cari gaduh kawan! Jangan sebab perempuan, ada yang tumpah darah pulak.” Azri mengusik lagi. Dina dan Firas tahu usikan itu untuk mereka.
” Jom bayar! Nak balik” Dina menoktahkan perbulan.
”Aku belanja! ” Firas bersuara, bangun menuju kaunter.
” Berapa?” Firas mengeluarkan not lima puluh ringgit.
” Abang , tadi ada pelajar nama Syamil dah bayar untuk meja nombor 3, katanya nak belanja Dina dan rakannya.” Jujur pelayan kedai memberitahu.

Tiba-tiba sahaja darah meruap ke wajah Firas. Terasa dirinya dipersenda . Terasa ancaman Syamil begitu kuat seperti sedang menampar-nampar wajahnya.
Matanya menyala tiba-tiba. Dia menoleh dan melihat Syamil dan teman-temannya baru berlalu.

Situasi berubah tiba-tiba. Tumbukan demi tumbukan dan sepak terajang bersilih ganti menimpa Syamil. Dia yang tidak bersedia tidak mampu membalas. Tenaga Firas yang seperti lembu jantan mengamuk bernar-benar kuat .

Syamil gagal mengawal diri. Darah sudah membuak-buak dari mulut dan hidungnya. Perutnya teras mual dan meloya membuatkan dia muntah di situ. Firas hilang kawalan diri. Dia terasa dipegang kejap.

Azri dan tiga orang siswa lain sedang menahannya dengan kukuh. Dia nampak dalam api marah dan cemburunya, Dina sedang meriba kepala Syamil yang dipenuhi darah dan tidak bergerak-gerak.

Gadis itu nampak aneh. Dina kelihatan bimbang yang teramat. Dina kelihatan pucat melihat Syamil tidak bergerak.Dan, Dina seakan-akan mengalirkan mutiara jernihnya .
Keadaan menjadi tenang kembali lewat petang itu.

@@@@@@@@@@@@@

Kuliah jam 3 sudah berakhir.
” Dia macam mana? ” Tanya Dina kepada Azri. Sudah tiga hari Syamil terlantar di bilik Azri. Dia tidak berani pulang , bimbang keluarganya akan membawa hal tersebut ke pihak atas. Dia sudah berjanji tidak akan mendakwa Firas ke Unit Hal Ehwal Pelajar, walaupun ada pensyarah dan tutor yang tahu kejadian itu.

” Dia belum sihat betul-betul. Tak lalu makan, mana nak sihat,” Ujar Azri .
” Firas macam mana? Tak nampak batang hidung lagi.
” Aku tak sangka Firas bertindak macam tu.” Kata Julia. Syikin juga turut kesal.
” Dia balik Bayan Lepas, rumah kakak dia tiga hari.Dia tak cakap banyak.” Beritahu Azri lanjut.
” Sebab aku, dia jadi begitu.Aku tak tahu dia sampai tahap macam tu marah dekat Syamil. Aku dan Syamil bukan ada apa-apa.” Dina memberitahu.

Dina kesal dirinya jadi bahan rebutan. Dia tidak bangga menjadi rebutan lelaki.Dia malu kerana dirinya, Firas dan Syamil hampir berbunuhan. Bagi Dina Syamil tak bersalah walaupun dia sesekali geram dan marah dengan sikap berani lelaki itu. Firas tak patut bertindak melulu dan menyerang Syamil.
” Kita pergi lawat dia petang ni kat bilik aku? Nak?” Azri mengajukan soalan.
Dia melihat wajah Julia dan Syikin minta sokongan sedangkan dia mengharapkan Dina setuju.
” Aku ada hal.” Dina bersuara lambat-lambat.
” Aku ikut.” Kata Syikin.
” Aku pun ikut.” Tambah Julia.
” Kau nak pergi mana?” Tanya Azri
”Aku, aku....” Dina hilang punca. Hatinya tiba-tiba bergetar hebat. Dia tidak ada kekuatan untuk bertemu Syamil. Dia tidak tahu kenapa. Perasaan apakah yang sedang merajai hati ini! Hatinya mengutuk sendiri. Kalau tak kerana perasaan, kenapa aku tak ada keberanian melihat wajahnya.
” Kau malu nak jumpa dia” Teka Azri.
” Buat apa nak malu? Kau bukan ada apa-apa kat dia.” Syikin pantas menjawab.
” Kalau aku lah, terharu betul ada lelaki yang sanggup bergadai darah untuk aku.” Julia menokok dengan mengusik Dina.
” Aku ikut. Jangan korang nak kata aku syok kat mamat tu eh....aku tak ada apa-apa rasa kat mamat tu. Noktah. ” Jawab Dina tegas .Namun dalam hatinya dia goyah dengan jawapan itu.

@@@@@@@@@@@@@@@


” Duduklah.” Syamil berbahasa. Dia cuba untuk bangun dari perbaringannya. Namun tidak berupaya. Rasa sakit dan sengal kembali menyengat.Namun melihat wajah Dina, dia gembira. Rindu lara nya terubat .

Kesakitannya bertambah surut. Wajah itu sangat dirinduinya sejak dia terlantar sakit. Dia masih ingat betapa manisnya detik-detik cemas pada wajah Dina Aulia sewaktu dirinya diserang oleh Firas.

Dia bersyukur, setidak-tidaknya dia dapat rasa betapa Dina ambil berat akan dirinya. Kalau Dina secemas itu mana mungkin gadis itu tiada rasa padanya.Dia tahu gadis itu memendam rasa.
” Tak payah bangunlah kalau kau sakit.Mari aku tinggikan bantal.” Azri memecahkan tembok sepi yang menular.
” Mil apa khabar” Julia bertanya mesra mewakili dia, Syikin dan Dina yang kaku membisu. Mereka duduk di kerusi berdekatan katil.
” Mil macam ni lah kak Lia, Kak Ikin, dua hari lagi dah OK rasanya.Dah rindu nak pergi kuliah, lama tak tengok wajah pensyarah.” Syamil bergurau.

Matanya jatuh ke wajah Dina Aulia yang menunduk semasa pandangan mereka bersatu beberapa detik tadi.

” Rindu nak pergi kuliah ker nak tengok siapa Mil” Syikin pula menggiat. Dan Syikin terkejut kerana satu cubitan halus melekat di lengannya. Wajah Dina Aulia merona merah tiba-tiba. Syamil tersenyum puas melihat wajah itu. Sekejap pucat sekejap merah.Hatinya berbunga riang. Kesian Dina kena sindir.

” Belum makan? Bubur dah nak sejuk. Aku beli kan yang baru lah.” Azri memecah sepi sekali lagi.
” Aku ikut.” Kata Julia dan Syikin serentak.
Dina membesarkan matanya. Mereka sedang merancang sesuatu.
” Dina tunggu sini lah, kejap jer kami pergi, nanti boleh sembang-sembang, tak lah Syamil bosan sangat.” Azri pula membuat keputusan melulu.

Dina telah tersepit.Dia juga rasa bersalah dalam hal ni, dia akan minta maaf dengan Syamil nanti.Dina tak sempat bersuara , mereka sudah berlalu.Pintu bilik tidak ditutup, dibiarkan sahaja terbuka. Sebenarnya Dina tidak tahu, Syikin dan Julia hanya menunggu di luar pintu bukannya mengekori Azri.

Perasaan sepi, dan gelisah mengepung suasana. Syamil bergerak perlahan-lahan untuk duduk di katil. Lengannya terasa sakit.
” Saya bantu.” Dina menghulurkan tangan . Tatkala tangan itu bersatu, dia seram sejuk. Tak tahu apa yang melanda. Kehangatan tangan Syamil seperti api sedang mencairkan ais.
” Tangan awak sejuk Dina, awak takut pada saya?” Soal Syamil bersahaja. Lelaki itu nampak lebih tenang dan matang dari umurnya.
” Saya tak...tak...saya tak takut. Saya tak perlu jelaskan. Saya minta maaf sebab saya awak jadi macam ni.” Lambat-lambat bibirnya mengatur bicara.

Seketika, pandangan mereka bersatu . Lama dan lembut. Mendamaikan. Jantung Dina seakan tercabut. Panahan mata Syamil membuatkan dia gementar dan berpeluh.
”Jangan tengok saya macam tu boleh? Awak buat saya tak selesa.” Dina mula boleh mengawal dirinya.
“ Awak malu dengan saya? Awak kata awa tak ada rasa dengan saya. Tapi awak gementar, awak berpeluh, dan awak kedinginan.” Syamil bermain kata.
” Saya datang nak minta maaf sebab hal ini.Tak lebih dari itu Tengku Syamil Iskandar. ” Ujar Dina agak berani.
”Dina, mengaku sahajalah yang Dina ada rasa dengan Mil kan?” Ujar Syamil lembut. Dina seakan-akan tenggelam dalam kalimat itu.
” Rasa lapar. Boleh ambilkan bubur ?”
” Ni...”
” Saya tak boleh suap sendiri.”
” Awak nak dera saya ker?”
”Terserah, kalau itu anggapan Dina.”
” Saya bahagia . Seperti semua luka saya dah sembuh.”
Syamil menelan bubur sedikit demi sedikit. Dia nampak, malah dia dapat rasakan apa yang Dina sedang alami. Cinta. Cinta yang terpendam.

” Thanks!” Perlahan tutur Syamil namun sempat bertaut ke telinga Dina.
” Saya nak balik.” Dina bersuara.Tenggelam di dalam.
”Saya belum puas tatap wajah awak Dina. ” Syamil berani mengakuinya.
Dina tunduk tiba-tiba. Merona merah wajahnya. Dia terasa panas mukanya.Dia tahu Syamil memerhati semua itu. Dia tewas akhirnya. Tewas dalam rasa yang dia tidak pasti .
” Saya cintakan awak Dina.” Luah Syamil.
Dina rasa bahagia. Mengalir air matanya.

” Saya tidak tahu rasa itu, tapi saya merasai apa yang awak rasa Syamil.Awak mengajar saya tentang rasa itu ” Tutur Dina lembut.

Dia merenung wajah Syamil yang tenang. Rindu mereka bersatu. Syamil tersenyum bahagia. Kidung cintanya telah berlabuh.


Kencana Merana .
September 11 , 2008.
10.45 mlm.

KEMAAFAN YANG TERINDAH

“ Cikgu tak payah nak ajar saya !! Mama dan papa saya pun tak pernah nak tegur apa yang saya buat .Cikgu cuma dibayar gaji mengajar saya, selebihnya saya sendiri yang menentukan..” Sofea Erina mengambil beg galasnya lalu menapak pergi.

Cikgu Rozaini yang terkenal dengan panggilan Cikgu Ros hanya terdiam . Dia berdiam bukan kerana kalah. Dia berdiam kerana sikap kesabaran dan dedikasinya yang kukuh. Dia memberi ruang anak remaja itu melepaskan rasa hati. Biarlah dia berdiam sekarang kerana diamnya ini akan memberi ruang untuk mereka kelak.

Hari Isnin, jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Sekejap lagi Cikgu Ros akan menjengah ke kelas 6 Atas 1 untuk mengajar Bahasa Melayu Kertas 1.

” Kau dah siapkan nota yang cikgu minta Pia??” Suara Fazlan mengejutkan lamunan Sofea. Dia memandang wajah Fazlan, ketua kelas malah anak emas Cikgu Ros, yang juga guru kelas mereka.
” Aku siap ker, aku tak siap ker, kau susah hati naper??”
” Aku tak nak Cikgu Ros marah kau nanti.” Fazlan cuba berlembut. Dia tahu di sebalik kekerasan hati Sofea Erina, ada tersembunyi kelembutannya. Gadis itu Cuma kekurangan kasih sayang keluarga menjadikan dia degil, kepala angin dan egois.

” Aku punya suka lah. Biar dia marah aku. Biar dia naik darah setiap kali dia marah aku. Aku benci dengan sikap prihatin dia. Aku tak suka lah orang ’care’ pasal aku. Aku nak bebas tau tak!! Aku nak aku buat apa yang aku nak buat. Bukan nak buat apa yang orang lain nak aku buat.” Ujarnya lagi. Kemudian menarik kerusi untuk bangun.

” Bagi pas keluar. Aku nak pergi tandas! ”
” Cikgu masuk kejap lagi.” Fazlan cuba memujuk.
” Aku keluar jap.” Kata Sofea lagi dan berlalu tanpa mengambil pas keluar.

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Cikgu Ros masuk ke kelas dan serentak ucapan salam dan doa bergema. Mata Cikgu Ros terpahat pada kerusi Sofea Erina yang masih kosong. Hatinya dilanda persoalan. Datang ke tak Sofea hari ni?

Semua pelajar telah duduk.Cikgu Ros mendekati Fazlan. Ketua kelas yang bertanggungjawab pada mata Cikgu Ros. Dia senang dengan pembawaan diri Fazlan yang bersahaja, tenang dan rajin itu.
” Lan, Sofea datang ke tak?”
” Datang cikgu, dia pergi tandas sekejap tadi.”
” Baik. Kita mula kan pelajaran hari ni, bagi tajuk fonolgi.” Cikgu Ros memulakan sesi pengajarannya.

Selepas setengah jam, Sofea tidak muncul. Baik Fazlan, mahupun Cikgu Ros gelisah dalam hati.
” Baiklah. Selepas ini, sila jawab soalan pada muka surat 57 ya .” Akhirnya pengajaran dihentikan. Semua pelajar akur dengan arahan Cikgu Ros dan mula mengerjakan latihan yang diberi.
Bunyi tapak kaki melangkah semakin dekat.
” Tok! Tok ! Tok! ”
” Masuk”

Sofea Erina masuk tanpa pamitan pada Cikgu Ros. Begitulah dia, setiap kali masa Cikgu Ros, dia akan melarikan diri, dan masuk tanpa salam.
”Sofea, awak pergi mana tadi? Hampir 45 minit awak keluar. Awak masuk tanpa memberitahu apa-apa pada saya.” Suara Cikgu Ros kedengaran jelas.
” Saya ke tandas .” Sofea menjawab tanpa memandang wajah cikgunya.
” Mana nota yang cikgu minta semalam? Dah siap?”
” Nota saya tertinggal kat rumah .”
” Tertinggal ker tak buat?”
” Suka hati cikgu lah.”

Fazlan dan beberapa pelajar lain menoleh beberapa ketika sebelum menyambung kerja mereka.
”Awak ke tandas atau ponteng kelas?” Suara Cikgu Ros dekat dengan telinganya. Sofea angkat muka. Guru berwajah manis dan berusia lewat 30-an itu sudah berdiri begitu dekat dengannya.

” Saya ponteng kelas. Puas hati cikgu?” Sofea bersuara dengan berani. Cuak merajai hatinya melihat keprihatinan guru itu yang dianggapnya cuba berlagak persis ibu bapanya.

” Sofea, saya nak awak jumpa saya lepas sekolah hari ni. ” Cikgu Ros bersuara lagi dan melangkah ke meja guru. Wajahnya serius tanpa segaris senyuman.

Jam menunjukkan 1.15 . Sofea , Aida dan Fazlan masih dalam kelas.
”Cepat lah Lan. ” Sofea menggesa untuk pulang.
” Kau ni kan, tak sabar betul.” Fazlan yang berkulit cerah dan tinggi itu mengemas beg sekolahnya. Sudah ramai pelajar yang melangkah keluar kelas mengejar kenderaan masing-masing untuk pulang.

” Kau kan Pia, tak baik tau buat Cikgu Rozaini macam pagi tadi! ” Fazlan bersuara lembut. Tidak mahu membangkitkan panas anak gadis itu.

” Betul Pia, Cikgu Ros baik sangat. Tapi kau layan dia macam tu. Sampai hati kau ya! ” Aida menambah dan bersetuju dengan Fazlan.

” Ehh...korang ni kan, bela sangat cikgu tu apa kes? Aku tak suka dia lah. Titik.” Ucap Sofea lagi. Mukanya kemerahan menahan kemarahan.Gadis kulit putih merah itu cukup marah bila berbicara pasal Cikgu Ros.

” Jom Pia, kami temankan kau jumpa Cikgu Ros .” Ajak Fazlan.
” Huhh...tak ingin aku. Biar dia bawa aku jumpa cikgu disiplin, aku tak sudi nak jumpa dia. Ambil berat pasal aku konon. Mama aku pun tak macam tu.” Sofea Erina mengulas lanjut.
” Jangan lah. Niat cikgu baik. Cikgu nak kau jadi budak baik .Kau pandai kan, cikgu nak kau berjaya .” Pujuk Fazlan lagi.

” Aku tak suka cikgu ambil tahu hal aku. Kau suka dia, kau pergi lah jumpa dia.Buat kakak angkat terus, senang nak ngadu masalah kan.” Tambah Sofea Erina.
Fazlan dan Aida ketawa serentak. Lucu dengan usikan Sofea.
” Aku nak balik. Hantar aku ya Lan.”
”Jom. ” Mereka berjalan serentak menuju ke tempat letak kereta Fazlan.

*************

Esoknya, pagi-pagi lagi seorang pengawas datang memanggil Sofea Erina ke bilik disiplin. Sofea Erina tanpa rasa bersalah bergegas dan tanpa rasa takut sekalipun. Malah ada rasa marah bertandang. Sudah pasti Cikgu Rozaini sudah buat aduan dia ponteng kelas.
” Masuk.”
Dia nampak ada dua orang guru disiplin bersama Cikgu Rozaini.
” Sofea, awak ponteng kelas masa Cikgu Rozaini semalam ya?” Cikgu Khairudin memulakan bicara.
”Malah, ada pelajar mengadu awak kurang ajar dengan Cikgu Rozaini dua hari lepas.Awak mengaku bersalah?” Tambah guru berusia 48 tahun itu.
Sofea Erina merenung wajah guru-guru itu satu demi satu.
Dia benci mereka semua. Dia benci orang-orang yang cuba mengatur hidupnya. Dia mahu bebas seperti kebebasan yang diberi oleh mama dan papa di rumah.

” Saya tak suka Cikgu Ros ambil tahu hal saya.. Saya tak suka cikgu. Saya benci! Saya benci!!! ” Tempik Sofea lalu berlari keluar.
” Sofea! Tunggu dulu Sofea ! ” Cikgu Rozaini memanggil. Cikgu Ros mengejar Sofea hingga ke pintu pagar sekolah. Sofea Erina cuba untuk melintas jalan, membawa hati yang luka.
Dia sedih., dia luka kerana dia keseorangan. Dia dambakan kasih sayang mama dan papa. Dan, dia sebenarnya sayangkan Cikgu Ros tapi dia egois.

” Sofea, awas .” Tiba-tiba Sofea terasa badannya ditolak dengan kuat. Serentak bunyi brek kereta berdecit di jalan raya. Cikgu Rozaini sudah tidak bergerak lagi.
Sofea Erina yang jatuh ke tepi jalan segera bangun dan mendapatkan Cikgu Ros. Air matanya tumpah di situ. Dia hilang kawalan diri. Matanya berpinar. Cikgu Rozaini tak bergerak lagi. Sekujur tubuh itu dipeluk erat .Mukanya pijar dan dia tidak ingat apa-apa lagi.

************
Mereka bergegas ke hospital daerah .
” Pia! Pia ! ” Suara Fazlan kedengaran lembut. Dia ingat suara itu. Dia kenal. Dan dia sangat merindui lelaki itu. Dia tahu dia sayang dan cinta pada Fazlan. Dia tahu Fazlan juga begitu. Fazlan ambil berat tentang dia. Fazlan memahami dia dan menyokong dia.
” Cikgu! Cikgu! Pia minta maaf Cikgu! ” Sofea Erina meracau-racau dalam mimpi. Dia menangis memanggil Cikgu Rozaini.
”Pia, bangun Pia.” Suara Fazlan bergema lagi.
Perlahan dan lembut matanya dibuka. Fazlan, dan Aida berada di sisi.
Fazlan menggenggam erat jemarinya. Dia rasa selamat dan tenang.

” Pia berdosa. Pia berdosa kat Cikgu Ros” Luah Sofea dalam tangisan.
” Pia. Belum terlambat lagi. Cikgu Ros tak apa-apa. Dia cuma terkejut masa kereta brek kecemasan. Dia pengsan sebab terkejut . Tapi, tak ada sesiapa yang kena langgar. Semua orang selamat Pia.
” Pia nak jumpa Cikgu Ros Lan! Pia nak jumpa dia sangat. Pia nak cium tangan dia. Pia nak peluk dia. Pia nak sujud di kaki dia. ” Luah Sofea lagi.
”Okay! Okay! Nanti Lan suruh Cikgu Ros datang ya! Pia lemah lagi. Pia kena rehat dan makan ubat. Lan dah telefon mama dan papa Pia. Nanti diorang datang.”
” Lan, Aida, maafkan Pia ! ”
”Dahh...tak perlu nak dimaafkan. Pia pun dah sedar. Kita buka buku baru.” Aida memujuk. Fazlan mengukir senyuman. Redup matanya menyorot wajah gadis idamannya.Dia gembira Sofea Erina sedar sebelum terlambat. Dia akan tetap memuja gadis itu.
” Assalamualaikum! ” Suara lunak merdu itu memecah kesunyian antara mereka.
”Cikgu Rozaini! Cikgu Ros?”
Tanpa sesaat jua, Sofea memeluk Cikgu Ros. Menangis dalam dakapan guru itu.
”Maafkan segala salah silap Pia cikgu. Pia berdosa dengan cikgu.”
” Cikgu di sini untuk kamu Pia. Cikgu dah maafkan Sofea Erina dan cikgu nak Pia bangkit, buka buku baru dan terus belajar untuk STPM.”
” Cikgu ! Pia berdosa! ”
” Cikgu maafkan! ”
” Terima kasih cikgu . Ini lah kemaafan terindah dalam hidup Pia. Selamat Hari Guru cikgu . Pia sayang cikgu.” Sofea memeluk erat Cikgu Rozaini.
Aida dan Fazlan juga tersenyum bahagia.

Selamat Hari Guru !!
16 hb Mei 2009
6.45 pm.

Cerpen Gadis Bertudung Putih

ARIANA melabuhkan punggung di atas katil. Kemudian merebahkan badan dan menutup mukanya dengan ‘teddy bear’ putih yang besar.
“Apa hal pulak hari ni?” Tanya ’room mate’nya Haryani.Gadis itu sedang leka membelek-belek majalah Remaja keluaran terbaru bulan itu, sambil meniarap atas katil yang bercadarkan alas warna merah jambu. Sesekali dia tersenyum sendiri, mungkin terkesan sesuatu yang lucu dalam majalah itu.

”Apa? Apa lagi? Kau rasa apa? Pak Lebai tu lah. Asyik-asyik sindir aku jer dalam kelas tadi. Ingat dia bagus sangat! Ingat dia macam tu, dah ’confirm’ jadi penghuni syurga?” Ariana melepaskan geram.

”Ishh...tak baik kau kutuk Pak Lebai tu. Baik pergi minta maaf kat dia. Dia tu bukan setakat Pak Lebai yang banyak ilmu agama, tapi Pak Lebai paling ’hot’ kat kolej kita ni tau!” Tambah Yani lagi.

”Eh! Yani... dia ’hot’ ker, aper ker, jangan lah nak panaskan aku sekali.” Ujar Riana lagi.
”Hari ni dia bagi tazkirah apa kat kau Riana?”
” Tadi lepas habis Rizal buat pembentangan, dia bagi pandangan bernas dia, ala-ala tengah berbahas kat dewan rakyat lagi. Siap bagi contoh dalam kelas tutorial aku tadi. Ingat aku tak tau, dia maksudkan gadis tak pakai tudung tu siapa?? Aku lah tu, dah aku sorang jer gadis Melayu tak pakai tudung sekelas dengan dia.” Riana menerangkan semula kejadian di dalam kelas Tutorial Komunikasi jam 11 tadi.

” Alaa...jangan ambil hati la beb! Riana, dia buat benda baik kan, jangan susah hati.Dia nak nasihatkan kau, selebihnya kau punya pasal lah, nak ambil pusing ker tidak.” Tambah Yani meredakan kemarahan Riana.

Sudah setahun mereka tinggal berdua, Yani sudah masak perangai Riana.Gadis itu paling tak suka sesiapa yang mempersoalkan penampilannya tambah lagi isu dia tak bertudung.
”Kau bela Pak Lebai tu kenapa? Suka dia? Aku tahu lah dia tu kacak, lawa, tapi kalau perangai buat sakit hati orang siapa nak?” Ujar Riana masih marah, tapi sudah menampakkan kekenduran.

” Aku tak bela sesiapa.Aku berkecuali. Pak Lebai tu kan, baik betul tau! Dua hari lepas, ’couse mate ’ aku, Nasir budak tahun 1, ada cerita dia tolong belikan tiket kapal terbang dekat kawan dia yang ’emergency’ balik Johor.” Cerita Yani penuh bersemangat.
Dia berharap, Riana tak akan membenci Pak Lebai lagi apabila mendengar cerita baik jejaka itu.

”Itu, sebab dia simpati! Bukan dia baik.” Ulas Riana menarik muncung.Lalu membalingkan beruang putih kesayangannya ke muka Yani. Gadis itu mengelak. Gamat suara mereka ketawa.

Jam bergerak ke angka 5.30 petang. Ariana dan Haryani baru bersiap untuk turun makan.
” Nak makan kat mana? Kat luar ke kat dalam?” Yani bertanya sambil membetulkan telekung biru yang dipakainya, tak mahu memperlihatkan bahagian dada.

Yani selalu nampak ayu pada pandangan Riana, gadis itu tidak lekang dengan baju kurung, jubah atau kebarung.Dia ada juga memakai seluar, tetapi yang longgar dan berbaju labuh melepasi punggung.

” Sejuk lah petang ni kan! Makan kat kafe saje lah, aku tak bawa jaket pulak.” Beritahu Riana yang kebiasaannya gemar dengan penampilan kasual, jeans lusuh dan baju lengan pendek, kadangkala kemeja tiga suku yang mengikut bentuk badan dengan ’skirt’ labuh .

Bagi Yani, Riana gadis baik, tahu batas pergaulan, tetapi penampilannya yang tidak menutup aurat membuatkan Pak Lebai selalu menggiatnya.

Anak orang kaya, orang KL, ramai macam tu, mak bapak pun kurang bagi perhatian, apa lagi yang dia tahu, mama Riana juga tidak bertudung.Bak kata orang, ’like mother like daughter’ .

Mereka berbaris untuk membeli makanan. Kemudian beratur membeli minuman.
Kafeteria itu memang luas dan selesa. Bahagian hadapan dihiasi lanskap air pancut dan kolam mini yang didiami ikan –ikan kecil warna-warni.Ruang makan yang selesa, dengan meja plastik dilengkap 4 kerusi.

”Aku cari tempat dulu ya.” Yani melangkah meninggalkan Riana yang membawa dua gelas air. Riana hanya mengangguk sambil tangannya lincah membayar harga minuman. Dia memusingkan badan dan segalanya berlaku pantas.Minumannya sudah jatuh melimpah ke lantai.Milo ais dan sirap limau yang dipegang membasahi baju Melayu lelaki itu.

”Alamak Pak Lebai! Habis aku!” Riana menekup mulutnya yang lancar tiba-tiba.Dia dengar ke tak! Lantaklah, bisik hati kecilnya.

Pak Lebai berbaju Melayu biru muda yang nampak longgar di badannya, berseluar slek hitam dan bersongkok, dia kelihatan sungguh kacak, sungguh jernih dan tenang wajahnya. Aura baju biru muda itu menampakkan lagi kulitnya yang cerah berbanding lelaki Melayu biasa.

”Ishh....apa kau buat ni Riana?” Tak nampak orang?” Rizal, ’best friend’ Pak Lebai pulak yang banyak cakap. Riana terdiam, bulat matanya memandang wajah Pak Lebai.

Dia bersedia menerima apa sahaja yang akan dilontarkan jejaka itu. Saat ini, dia tak mampu bersuara.Dia tahu dia yang salah.Dia yang cuai, jalan tak tengok depan. Membelok tanpa signal terlebih dahulu. Bukan baju Pak Lebai saja basah, dia juga basah sampai ke lengan.

” Riana? Kau...” Kali ini Yani pula datang dan terkejut.Kemudian beberapa pasang mata mencuri tumpuan ke arah mereka.

” Tak apa, saya pun salah jugak, tak sempat tekan ’brek”. Kata Pak Lebai lembut. Dia sempat mempamerkan segaris senyuman.Butir bicaranya sungguh damai. Tenang. Setenang wajahnya ketika itu. Tak marah langsung bajunya basah!

” Maaf ya , Zamil. Riana tak sengaja tadi.Kami pergi dulu.” Kata Yani sambil menarik lengan Ariana.

”Lain kali, kalau Riana tak nak bagi lengan tu basah, pakai baju lengan panjang ya! ” Tambah Pak Lebai.

Rizal yang mendengarnya tersenyum pendek. Kena juga minah degil ni dengan kau Mil.

Kali ini, Riana terasa darahnya menyirap ke muka. Jadi merah jambu seluruh wajahnya yang putih kuning.Anak matanya bergerak-gerak.

Dia seperti hendak memulakan serangan balas. Baik aku cepat ! Kalau tak meletus perang dunia! Fikir Yani. Dia menarik Riana dan bergegas dari tempat itu.

@@@@@@@@@@@@@@@

Cik Laila selaku tutor mereka memberi tugasan baru. Mereka perlu membuat penyelidikan slanga penduduk tempatan dan beberapa perkara lain yang berkaitan komunikasi dialek tempatan. Tugasan baru ini harus dibuat berkumpulan. Senarai nama kumpulan sedang diedarkan.

Hati Ariana terasa tidak sedap, risau kalau-kalau sekumpulan dengan Pak Lebai kelasnya. Dalam kelas itu, dia hanya rapat dengan Lili. Harap-harap sama kumpulan nanti.
”Riana, kita satu ’group’” Laung Lili, dia duduk di kerusi hadapan.Riana mengangkat ibu jari tangan tanda setuju. Kertas sampai di tangannya.

Alamak! Mati aku! Sama kumpulan dengan Pak Lebai. Jadi ketua aku lagi.Aduhai, bertuah badan! Tahan tadah telinga nanti gamaknya.Riana mengutuk dalam hati. Ada mendung berarak di wajahnya.

Dia membaca dalam hati, nama ketua, Mohd. Zamil Hakimi Bin Ismail, nama Lili ada, namanya ada, nama Rizal pun ada, dan dua nama lain yang dia tak berminat untuk tahu. 3 perempuan, 2 lelaki. Pandai pulak Cik Laila mengatur aku dan Pak Lebai ni satu kumpulan.

” Ada yang tak puas hati dengan pembahagian kumpulan? Saya harap kamu semua boleh berkerjasama dengan baik. Sebulan lagi hantar tugasan kamu.” Cik Laila menoktahkan kelas hari itu.
”Cik Laila! ” Riana bersuara.
”Ya! Kenapa Ariana?”
” Boleh bagi kebenaran tukar kumpulan?” Ariana tidak tahu dari mana keberaniannya muncul untuk berkata begitu.
” Bagi saya alasan yang rasional.”
” Ermmm....saya,...saya tak sesuai dengan ahli kumpulan saya.”
” Mana kamu tahu tak sesuai, belum buat kerja lagi.Baik, saya tak benarkan sebarang pertukaran ahli kumpulan. Sekian, kelas bersurai. Dan, dengan anggunnya, Cik Laila melangkah keluar.

Ariana duduk semula. Pelajar lain sudah bergerak mencari kumpulan masing-masing. Ariana terpaksa akur. Mujur Lili ada bersama.
” Saya harap semua ada, Rizal, Lili, Ariana, Maisara dan Rita.” Begitu tegas Pak Lebai memanggil nama anak buahnya.Semua menjawab ada bila nama dipanggil kecuali Ariana. Dia mengangkat tangan tanpa mengangkat wajahnya yang muram.

”Ariana, awak sakit tekak ker?” Tanya Zamil Hakimi.Semua mata memandang Ariana.
”Kenapa? Saya tak sakit lah”
” Oh! Ada suara, ingat kan diam tadi sakit tekak.” Sindir Zamil Hakimi lagi.
”Baiklah, dua hari lagi, kita akan ke Kampung Sungai Dua, dan Kampung Gelugor, untuk membuat temubual.Saya nak tekankan ’dress code’ kita sebagai pelajar.Lelaki berbaju kemeja atau baju Melayu, dan perempuan berbaju kurung sahaja. Saya harap semua faham. Kita jumpa nanti.” Zamil memberi arahan tegas . Ariana tahu, ini baru permulaan perang antara mereka.Semua pelajar sudah keluar dari perut bangunan itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Hari Khamis, kuliah berakhir jam 11. Ariana balik ke biliknya untuk berehat. Perutnya memulas, dia tahu, waktu ’datang bulan’ sudah sampai. Senggugutnya pulak semakin menjadi.
” Kau nak aku temankan?” Tanya Haryani yang sedang bersiap untuk ke kelas.
Temannya itu mengikuti kursus Sains Komputer.
” Tak apa, pukul 3 dah ni, kau pergi lah. Aku larat lagi. Hari Khamis biasa tak ramai orang, klinik dalam kolej jer. Doktor pakar masuk klinik hari Khamis.
” Hati-hati tau! ” Tambah Yani.

Ariana menunggu di hadapan Bilik 3. Klinik agak lengang, mungkin nasibnya baik, tak lama dia menunggu giliran.Perutnya kembali sakit. Sambil menahan sakit, dia cuba mengalih perhatian membaca mesej dalam telefon tangan.

Wajahnya terkesan sesuatu.Itu kan Pak Lebai ! Apa dia buat jumpa doktor pakar .Riana nampak Zamil masuk selepas nama lelaki itu dipanggil.Sakit apa dia agaknya sampai kena jumpa pakar! Lantak lah. Aku tengah sakit ni.

Hampir lima belas minit berlalu. Ariana keluar dari bilik doktor.Dia pergi ke kauter mengambil ubat. Dia duduk sambil membaca majalah yang tersedia.
”Ariana , nama awak kena panggil.” Satu suara menegurnya.Dia tidak sedar namanya dipanggil.
”terima kasih.” Ucap Riana.
Ubat bertukar tangan.
”Eh! Awak kat sini lagi?” Tanya Ariana.
”Saya tunggu awak.” Jawab Zamil .
” Saya tak suruh pun.” Kata Riana sambil menahan sakit perutnya tiba-tiba.
”Muka awak pucat Riana, awak sakit aper? Mana Yani ? Mana Lili? Mereka tak teman awak ? Kalau pengsan nanti, bahaya.”
Pak Lebai buat kuliah kat sini pulak, aku tengah ’tension’ ni. Banyak hal lah mamat ni.
” Saya masih kuat Pak Lebai ! Opss...Zamil.” Ariana termalu sendiri.Tak semena-mena tangan comelnya menutup bibir mungilnya. Alamak! Kantoi aku.
”Awak panggil saya Pak Lebai rupanya! Pandai awak. Tapi, saya ni nampak tua sangat ker Riana? Panggil Abang Lebai kan nampak muda. Kita kan seusia, baru 22 tahun. Saya tak marah.Duduk lah dulu. Awak nampak penat.” Zamil cuba memancing perasaan gadis itu.

Aduhai ! Kalau lelaki tu lelaki jugak! Mereka duduk di kawasan rehat yang lapang.Beberapa pelajar juga ada di situ.Berehat sambil menunggu giliran ambil ubat.
” Saya bukannya apa, saya harap sangat sebagai kawan dan sebagai saudara seagama, saya harap awak pakai tudung suatu hari nanti. Tinggalkanlah seluar lusuh awak dan baju ketat awak tu. Pakai baju kurung lagi manis , lagi ayu.” Dia memulakan bicara. Berdesing telinga Riana.Namun dia berdiam diri.Gara-gara sakit perut, dia tadah telinga.

”Saya suka tengok Riana pakai baju kurung ’last week’ masa kita buat ’research’ tugasan tu.Saya ikhlas. Kalau Riana pakai tudung, lagi nampak macam Gadis Muslimah.”
” Zamil. Awak jumpa doktor pakar tadi sakit aper?” Tanya Ariana mengalihkan topik bicara. Dia tidak tahu, hatinya terasa membengkak, tetapi bila memandang wajah lelaki itu, hilang amarahnya ditelan pawana.Pakai ilmu ke mamat ni! Nampak ’handsome’ pulak hari ni.

”Saya .Tak adalah. Mil buat pemeriksaan rutin sahaja.Tak ada aper!! Riana sakit aper? Pucat semacam jer. Kalau sudi, mari saya hantar balik, kejap lagi Rizal datang ambil saya dengan kereta.Boleh tumpang kita orang.” Zamil berbahasa lagi.

” Tak payah. Saya tak suka, nanti kena tangkap basah dengan Pak Lebai.” Riana membidas. Zamil ketawa panjang. Tak putus, sambil menekan perut. Lucu ker!
Riana marah diketawakan. Dia tarik muka masam.
”Nak balik dulu.” Riana bergegas bangun.Dia terlupa membawa plastik ubat-ubatanya.
Emmm...tengah marah pun manis sekali. Cantiknya Ariana! Bisik hati Zamil.

Zamil jugak berlalu.Dia membawa plastik ubat gadis itu bersama.
Ariana sampai di bilik. Dia terus tidur selepas tersedar platik ubatnya ketinggalan di klinik. Pak Lebai punya hal lah ni.Hatinya sebu sendiri. Sakitnya perut aku ni!
Jam bergayut di angka 6 semasa Haryani masuk ke bilik yang gelap itu.Dia memetik suis lampu.
”Riana! ” Panggil Haryani.

Riana bergerak-gerak perlahan.Sedar Haryani sudah balik.
”Kau macam mana? Sakit lagi?”
” Sakit lah, ubat tahan sakit aku tertinggal kat klinik, ni semua pasal Pak Lebai tu.Dia bagi tazkirah kat aku, bagi kuliah Asar sekali, sampai ubat aku tertinggal.”
” Ni, Pak Lebai kirim ubat. Dia cari kau kat bawah.Kau tidur kot, tak dengar ada pelajar datang ketuk pintu.Mujur jumpa aku.Dia bagi minyak lagi.Katanya minyak ni baik untuk senggugut, adik dia selalu guna. ” Terang Haryani sambil tersenyum penuh makna. Kemudian pecah tawanya.
”Kau beritahu dia ker tadi kau ’datang bulan’ buat malu kaum Hawa jer.”
”Bedebuk” Teddy bear Ariana melayang ke muka Haryani.
” Tolong sikit!! Pak Lebai ni biar betul.Mana dia tahu aku sakit wanita . Dia siasat ubat aku lah tu.Minyak aper ni? Minyak pengasih ker?” Ariana berasa geram dan malu bila memikirkan Zamil tahu dia sedang dalam haid.Mampus aku!

” Dia ambil berat lah Riana. Minyak tu, adik dia selalu guna. Minyak tu bukan untuk wanita jer, lelaki pun boleh, minyak serbaguna. Kau pakai jer, mungkin kurang sakit perut tu.” Tambah Haryani tanpa rasa curiga. Dia nampak bagaimana Zamil risau akan Ariana. Jatuh cinta kah Pak Lebai dekat ’room mate’ aku ni.
Ariana bangun. Telan ubat, dan ambil minyak panas botol merah itu.Dia menyapu pada perutnya. Rasa lega. Mungkin gabungan ubat tahan sakit dan minyak Pak Lebai.Dia tersenyum sendiri.
”Hoi...senyum ada makna ker tu?” Haryani sempat menggiat.
”Orang punya suka ah..” Ariana buat tidak tahu.
Malam mengorak langkahnya.

@@@@@@@@@@

Kuliah pagi sudah selesai. Tutorial sedang berlangsung. Cik Laila seperti biasa tekun mendengar pembentangan pelajar. Minda Riana tidak di situ. Kerusi yang selalu dihuni oleh Rizal dan Zamil kosong. Mana Pak Lebai ni? Hatinya terusik.
Habis pembentangan, Riana tidak terima satu apa pun pelajaran yang masuk. Mindanya kosong. Dia menjadi rindu. Rindu mendengar suara Pak Lebai.Rindu menatap wajah lelaki itu.
”Riana, ’birthday’ kau malam esok kan? Kau buat kat Restoran Sungai Dua kan?” Teguran Lili mengejutkan lamunannya.
”Jadi. Malam esok datang tau.”
”Lili, emm, kau ada simpan nombor Pak Lebai, eh...maksud aku Zamil.”
”Ader, kau nak ker? Nak ajak dia sekali?” Soal Lili tanpa rasa curiga. Lili malah, bertambah gembira jika perang dingin gadis itu selesai.
”Ni, ”
”Thanks ”
Ariana keluar dari kelas.Dia duduk di hadapan perpustakaan kolej yang menyediakan banyak meja belajar dan kerusi panjang untuk pelajar membaca santai.
”Hello ! ”
”Assalamualaikum” Suara sebelah sana menjawab.
”Waalaikumussalam. Ini Ariana. ”
” Riana, apa khabar? Sihat ker ?”
” Sihat. ” Ariana teringat Zamil tahu waktu dia haid, dia malu sendiri.
”Mil kat mana? Kenapa suara lain? Demam? Tutorial Cik Laila tadi tak datang pun” Tanya Ariana lagi.
” Riana, Mil kat rumah, pening sikit. Tak sedap badan. Mil nak cepat ni, mama panggil, ada hal apa ya?” Soal Zamil lagi.
” Malam esok ada masa tak, datang ’birthday’ Riana, kat Restoran Sungai Dua.”
”Tengok dulu ya, kalau ada masa Mil datang, Happy birthday Riana!”
”Esok lah Mil.” Ariana berdebar-debar, lain macam perbualan hari itu.
”Takut tak sempat.” Zamil menarik nafas panjang.
” Tak sempat aper?”
” InsyaAllah Mil datang. Assalamualaikum Ariana!” Talian diputuskan.
Ariana rasa semacam. Ada sesuatu yang Zamil Hakimi sedang sembunyikan. Dia tidak tahu, malah dia tidak syak apa-apa.
Rizal memandang wajah pucat Zamil.
“Kau tak bagi tau dia Mil? Kesian dia.” Rizal bersuara selepas melepaskan keluhan kecil.
” Aku tak nak dia sedih lah. Esok ulang tahun dia. Dia jemput aku. Kau pergi ya, bawa hadiah aku. Hadiah tu ada kat bilik. Dah lama aku beli. Aku simpan nak bagi dia pada masa yang sesuai tapi tak tau bila. Esok lah masanya. Ulang tahun ke-22 Ariana.
”Tapi Mil, aku rasa kita patut bagi tau dia, kau sakit Mil . Biar dia datang jumpa kau.” Rizal memujuk lagi.

” Aku tak dapat beri dia kebahagiaan Rizal. Aku sakit kan. Aku cinta kan Ariana tapi aku harus lepaskan dia. Dia berhak mendapat lelaki yang sempurna bukan macam aku sedang bertarung nyawa melawan sel kanser ini. Barah ini keturunan. Datuk aku dulu mati sebab kanser juga, kau pun tahu kan.

Rizal hanya menurut kemahuan sahabatnya.
Ariana berdandan rapi. Dia memakai baju kurung sutera yang baru dibeli. Dia kelihatan cantik dan ayu. Rambut panjangnya dilepas bebas.
Dia ingin menghadiahkan penampilan itu kepada Zamil.Dia tekad, dia akan minta maaf dari jejaka itu. Dia tahu mereka sedang mengumpul rasa yang sama. Mereka tengah menyimpan rindu yang sama. Cuma zahir tak terucap.

Segala-galanya berjalan lancar. Kedatangan Rizal mengejutkan semua yang hadir.
”Mana Zamil?” Tanya Ariana.
”Mil tak dapat datang. Dia kirim hadiah ni buat Riana.” Kata Rizal.
”Kenapa? Mana dia?” Ariana terketar-ketar menerima bungkusan berbalut merah jambu dan ada gambar hati bercantum.
”Dia sakit Riana. Zamil ada di Hospital Besar.”
”Sakit ? Patutlah hari tu, dia jumpa doktor pakar.” Ariana teringat kisah lalu masa pertemuan di klinik.
”I balik dulu.”
”Terima kasih. Esok kami datang jenguk dia.”
”Buka lah Riana.Tengok hadiah apa.” Yani menggesa. Lili dan rakan lain juga tidak sabar.
”Jap.”
”Wau...sehela tudung putih.” Yani berbisik keras.Boleh didengar semua.
Hati Ariana sayu tiba-tiba. Tudung itu seperti berbicara kepadanya.
Hatinya diterpa rasa insaf, syahdu, dan kudus.
”Jangan nangis Riana” Kata Yani memujuk.
Air mata itu bukan kemarahan tapi keinsafan dari lelaki bergelar Pak Lebai.

@@@@@@@@

Esok bertandang duduk. Mereka tiba di wad yang menempatkan Zamil Hakimi.
”Assalamualaikum Mil ! ” Ariana bersuara.
”Waalaikumussalam Riana! ” Ada senyuman manis dihadiahkannya.
” Muslimah sejati , gadis yang baik untuk lelaki yang baik Riana.” Zamil berbahasa. Sejuk hatinya memandang gadis itu yang berbaju kurungdan bertudung.Air mata Ariana mengalir dari tubir mata. Membasahi pipi.Zamil Hakimi tersenyum. Ariana sudah mendapat hidayah untuk memakai tudung. Sekuran-kurangnya wajah gadis bertudung putih itu sempat dia tatap sebelum dijemput Ilahi.

”Maafkan Riana atas segala kekasaran Riana selama ni.”
” Mil dah maafkan .Dah lama.”
”Kenapa tak bagi tau awal-awal?” Tanya Ariana .Rakan-rakan lain turut sebak memerhatikan situasi sedih itu. Ibu bapa Zamil juga berada di situ.
” Riana cantik pakai baju kurung dan bertudung macam ni. Kalau Mil tak ada, teruskan hijrah ini ya! Riana akan dapat ketenangan nanti.Mil suka Riana macam ni.”
Riana menangis lagi. Yani memeluk sahabatnya.Lili juga menangis. Rizal turut merasa sebak.
Beberapa minit kemudian, doktor datang selepas sesuatu berlaku pada Zamil.Muka pucat itu tidak bergerak-gerak lagi. Mereka semua meraup muka selepas menadah tangan. Ariana sedar apa yang terjadi. Perpisahan dengan Zamil secara total . Perpisahan mutlak.

Tak ada lagi Pak Lebai. Tak ada lagi Zamil Hakimi. Tak ada tazkirah, tak ada kuliah Subuh atau kuliah Asar. Ariana menangis lagi. Esakannya tumpah di situ.Azamnya menjadi tekad. Hijrahnya tidak akan berpaling.



Kencana Merana , 11.00 malam. 1 hb Februari.

Luka Di Celahan Rindu 16

" Bawa kereta Mama ni…" kata Johari. Hairan sebab Lia tak pernah bertanya dia tukar kereta. Lia hanya diam dan senyum . Dia tahu Johari berusaha memikatnya .

" Joe Tanya boleh? " Dia memulakan bicara .Lia angguk.Memandang ke hadapan jalan.
" Lia senang tak macam ni? "
" Tak juga…I mean….Encik….eh…Joe , Lia bukannya tak ada perasaanlah." Lia menduga.
Johari ketawa kecil tetapi bermakna. Sukarnya meramal hati Lia Amalina.

" Thanks bawa Lia ke rumah pak Ngah .Nanti kalau orang Tanya Lia, nak jawab aper ?" Tanya Lia lagi.
" Bakal isteri!! " Johari bergurau dan ketawa memanjang.Lia tak nampak berang .Cuma senyum sikit.
" Nakal juga Joe…." Ujar Lia menduga.

" Cakap jer …kita rakan sepejabat .U datang sebagai Penolong pengarah ! " Sekali lagi tawa Johari terhambur. Lia ketawa kecil.Johari puas melihat wajah gembira Lia.

Mereka sampai . Pak Ngah dan Mak Ngah Johari menyambut di halaman. Puan Hamidah ada berpesan cuba melihat-lihat wajah bakal menantunya kalau datang bersama Johari.

" Buat macam rumah sendiri " kata Mak Ngah.Tersenyum puas.Cantik orangnya begitulah cantik budi bahasanya. Fikir Mak Ngah. Mesti bukan anak sembarangan orang.

Lia begitu manis berbaju kebaya labuh ,Sutera China, bersulam warna emas, dengan rambut panjangnya melepasi bahu, Lia memukau siapa saja yang memandangnya .
Beberapa pasang mata bertumpu pada mereka.
" Uncle Joe…bawa siapa ? " Tanya si kecil bergaun merah jambu.Lalu memegang tangan Lia. Lia menunduk memberikan sekuntum senyuman.
" hai…" Lembut Lia menegur.
" Auntie….nanti datanglah selalu dengan Uncle Joe…" Kata Natasha.
Johari mendukung mesra Natasha. Nampak sifat kebapaan dan penyayang.fikir Lia.

Mereka masuk untuk makan. Sambil berbual dengan saudara mara Johari.Hampir petang baru mereka pulang.Johari lah yang paling gembira. Rasanya seperti Lia pasti menjadi isterinya . Esok dia perlu ucap terima kasih pada Iskandar !

Iskandar yang kelmarin baru pulang dari Kota Bharu memang terkejut besar. Begitu juga dengan ibu dan bapa Lia . Mereka tak pernah menduga Iskandar pulang mencari Lia Amalina , malah bersama rombongan peminangan sekaligus. kalau lah Lia tahu.

" Apa mama cakap?? " Lia terkejut di hujung talian.
" Mama…cakap betul. " Kata Datin Maria. Lia diam sejenak.
" Lia fikir Iskandar dah kahwin dan mungkin dah ada anak ." Kata Lia lembut.

Tak terduga lelaki pujaan itu membawa pinangan buatnya. Talian terputus di situ. Lia bergegas mendapatkan Zurin dan menagis sepuas-puasnya. Kemudian menceritakan satu-persatu memori Iskandar Hakimi.

Sampai di pejabat , seperti biasa mereka ada tugasan luar berjumpa pelanggan .
Meniti hari setelah mengetahui Iskandar di Kuala Lumpur terasa janggal bagi Lia. Seperti ada keresahan bermain di wajahnya.

" Petang ni, kita keluar minum. Joe, ada nak kenalkan Lia dengan kawan baik. " Kata Johari semasa mereka berpapasan keluar dari lif. Zurin pada hari itu bercuti .
" Lia tak sedap badan." Kata Lia bohong.

sebenarnya dia terasa ingin keluar ke kota raya mencari Iskandar . Mungkin inilah noktahnya hukuman kepada perhubungan mereka selama ini .
" Nak bincang hal kita boleh ?? "
" Baiklah…" Fikir Lia mungkin ini juga masanya di amenceritakan tentang siapa di hatinya selama ini.

Mereka duduk di satu meja .Sambil menunggu kedatangan Iskandar .
" Joe nak hantar peminangan ! " Kata Johari lagi .
" Mak ayah, dan keluarga pun dah kenal Lia.Mereka suka" Kata Johari.Lia tertikam sendiri .
Sudah ditelahnya Johari akan sampai ke tahap ini suatu hari nanti kalau tidak diberitahu awl-awal .

" Lia pun nak cakap. Lia dah dipinang orang Joe. Maafkan Lia, Lia rahsiakan semua ni. Lia ada seseorang yang baru muncul hari ni setelah bertahun-tahun kami tak jumpa. Terpisah kerana kami menghukum diri sendiri ." Jawab Lia, dan ada sendu di hujung suaranya.

Johari terpana. Seperti disambar petir. Hatinya terjerut dan terpenjara . Benarkah Lia Amalina , di hadapnnya itu , sudah menjadi milik orang .

" Maafkan Lia. Lia tak sanggup berpisah dengan Iskandar lagi " Kata Lia tiba-tiba.
Johari diam. Iskandar mana yang Lia cakapkan dia tak terduga, fikirannya tiba-tiba menjadi bercambah . Masing-masing terdiam beberapa ketika . Mencari kekuatan di hati.

Bunyi telefon bimbit Johari tiba-tiba memecah sepi antara mereka.

Thursday, July 30, 2009

Aktiviti Pasukan Pengakap Sekolah 29 Julai 2009 ( Siri 2 )

Pihak AJK melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi

Dengar baik-baik, lepas ni nak buat aper?

Ambil gambar dulu ekk....

Pengakap ni kena tolong orang selalu , setiap masa.

Nak kena buat persembahan ape ni??? Fikir....


Arahan biar jelas dan terang ...

Aktiviti Pasukan Pengakap Sekolah 29 Julai 2009 ( Siri 1 )

Aktiviti Pengakap Pada 29 Julai 2009
Berkumpul dan mejalankan aktiviti di bahagian blok Sri Didik.
Barisan AJK sedang memberi arahan kpd setiap kumpulan


Tekun....mendengar arahan dan hukuman dalam kawad

Kumpulan pengakap lelaki ...


Santai...mendengar taklimat ringkas




Menunggu arahan atau pergerakan seterusnya..

Tuesday, July 28, 2009

Salam Hijau Bumi Tuhan

Kawasan yang hening...saujana mata memandang
Di Daerah Bachok, Kelantan


Berpaksi kan langit lazuardi ....


Indahnya bumi Tuhan


Bumi Tuhan memberi ilham di jiwa....


Ini Dunia Kita !!!

Dunia indah ciptaan Yang Maha Esa ....

Kehidupan tanpa syak dan prejudis ....

Bercinta berpada-pada, beramal pada yang berilmu.....

Dunia ku penuh riang-ria ....

Aku hidup di Bumi Tuhan....
Anak-anak dunia hidup dalam keceriaan...

Puisi : Perginya Sebuah Senyuman .

PERGINYA SEBUAH SENYUMAN

Suatu detik yang bermula
Tanpa notasi tanpa hakikat
Bagaikan aku terkedu dalam kenyataan yang berdiri
Tidak percaya berdepan dengan hakiki

Merona wajah di kalbu impian
Sewaktu engkau melintasi wajahku
Terpancar senyuman menikam ilusi
Menghunus pedang asmara ke medan jiwa
Tak terasa jiwa ku dipalu
Bagaikan sakti menyerah diri

Aku telah pun hanyut dalam senyumanmu
Yang seringkali mendebarkan sukma
Yang seringkali menggetarkan alunan jiwa
Biarkan bicara hati ini tidak ternoktah
Walaupun hanya aku , dia dan tukang sapu menemani sepi

Ketika dirimu asyik berseloka
Aku yang hanyut di lautan cinta
Bagaikan menanti bulan jatuh ke riba
Mengharapnya hati kekasih orang
Biarkan masa merubah kenangan
Wajahmu tetap terpahat di ingatan
Akan kucari segugus senyummu yang tadi telah kukirim
Pada bayu yang bertiup selembut rona kasihmu
Pada hati yang berlagu mengalun di jiwa

Setiap kali senyuman mu terukir
Aku lah pendamba luka di hati
Yang tak akan sedar dari lena yang panjang
Menanti senyumanmu di hujung sendu
Benarkah kita tidak ditakdirkan jatuh cinta
Walau sebutir padi keringat di hati
Biarpun sejuta ombak dan onak menahan dinding asmara

Tetap kucari sejernih senyuman
Warkah onak luka cinta pertama
Bagaikan diriku telah fana dalam dirimu
Bagaikan aku yang memuja dirimu
Dalam kedinginan masa yang tak kau relakan
Aku kah yang menanti monsun percintaan ini berarak
Meninggalkan awan hitam duka lara cinta mu
Merawat kesepian di kali hati yang terbenam
Walau dalam samaran mentari yang sirna.

Tentukan aku melihat
Perginya sebuah senyuman yang menikam kalbu
Berlalunya rinduku padamu yang sedari tadi
Tertanam di benakmu yang tak kau sedari
Biarkan aku berbicara tentang cinta yang tak bertepi
Kerana aku lah nakhoda cinta yang kehilangan hati dalam pelayaran ini.
Terima kasih kerana memberikan aku sebuah senyuman
walau terpalit kelukaan di hujung waktu .

Kencana Merana
2 Feb 05.

Ketika Langit Lazuardi


Ketika itu, langit berwajah lazuardi,
Kita mengembara bersama
Berpaksikan bulan dan matahari
Sedari embun menitis, sehingga langit berwajah kirmizi

Pegang lah tangan ku,
Akan kubawa kau terbang
Menyingkap tabir suka dan duka
Meneguk erti jatuh dan bangun
Mengecap nikmat susah dan senang

Selagi nafas bertakung di dada,
Kudoakan buat mu
Keberanian para syuhada’
Impian para khalifah
Cita-cita para ambia’
Dan
Serelung kasih ibu

Akan kupaterikan kau pahlawan seperti Amir Hamzah,
Akan kupaterikan kau setia seperti Laksamana Hang Tuah,
Akan kupotretkan kau kemolekan seperti Raden, dan Sira Panji

Aku hanya seorang manusia ,
Yang mungkin tidak sempurna,
Tetapi berdoa pada Tuhan,
Agar hidup mu lebih bermakna.


” Titip wajah ku dalam hati mu, menjadi makam tanpa nisan”
Kencanamerana/27 Julai 2009 .

Coretan Puisi : Naskah Hati Yang Luka

NASKAH HATI YANG LUKA

Tiada lagi cahaya yang menyinari serelung hati ini,
Segala-galanya telah redup, sirna, dan seakan terpadam dalam sebuah kekosongan
Kuntum-kuntum senyum yang menemani aku telah pergi ,
Bersama gugusan hari yang kian malap, dan menjemput mati.

Titisan air mata ini, mejadi percikan yang semakin memecah kelopak jiwa
Semuanya menjadi satu dan membanjiri kolam sanubari
yang membelah belukar kesedihanku.

Detik ini,
Aku masih terluka, masih derita, oleh dia yang menghadiahkan aku sebuah luka
Membuatkan aku terdiam hilang bicara,
Membuatkan aku kaku terkesima, hilang kata-kata
Biarpun aku mengenang keindahan yang pergi bersama langit kirmizi

Kedukaan dan kehampaan menerobos ke dalam jiwa,
Bertamu, dan bermukim duka lara
Di sudut hati yang tak bernombor,
Menggenggam urat-urat cinta yang terluka sekian lama,
Luka itu, meratah daging kehidupan
Menemani ku ialah lara, dalam dunia tak bernama dan
Melumpuhkan sel-sel jiwa seantero hati ini.

Segala-gala bahasa cinta tidak lagi bermakna,
Segala-gala puisi rindu tidak lagi bererti,
Segala-gala gedung kasih telah berterbangan menjadi
puing-puing yang dibawa pawana tanpa irama dan lagu

Biarkan aku tenggelam
Dalam lantera malam yang sepi dan sunyi
Aku seperti pungguk , tidak jemu menatap wajah bulan,
Mengetuk pintu malam.
Aku seperti ombak , tidak jemu memuja pantai
Menanti tebing kasih terbuka , menyambut tangan sebuah hati yang terluka.

Kutitipkan warkah tanpa suara,
Terima kasih ,
Kerana menghadiahkan aku sebuah luka
Menjadi makam sekeping hati,
Pada sebuah jiwa.

Puisi luka, kencana merana / Julai/ 2009 .
27/7/09

Monday, July 27, 2009

Luka Di Celahan Rindu 15

" Masuklah…aku tengah siapkan projek tadi." Kata Iskandar membuka pintu.
Mereka duduk-duduk sambil menonton televisyen .
" kau tahu….aku ada masalah !! " Johari buka bicara .
" Perempuan !! " Kata Iskandar menguji.

" Jual mahal betul!! dah dekat sepuluh kali aku mengajak .Sekali pun tak pernah bagi muka. Kau tengok, aku ni tak cukup lawa ker? tak cukup kaya? Tak cukup bergaya? "

" Kau ni..itu bukan jenis jual mahal…itu jenis yang berhati-hati…mungkin pernah terluka!! Ada kau siasat ?" Iskandar memberi pandangan.

Lama Johari diam. Serasa ada kebenaran.
" Jenis macam ni, memang tak pandang kebendaan.Tapi pandang pada hati! " Kata Iskandar .

" Hah….sama macam kau lah tuuu…kalau tak ! tak kan si Fatin tu…"
" Kisah lama."
" Kau nak bawa dia keluar ? " Tanya Iskandar .
" Kalau dapat …tapi susahlah Is…."
" Joe…kau ni pun satu….mana dia nak pergi tempat macam tu….cuba ajak dia pergi ke rumah Pak Ngah kamu. Bukan dia buat kenduri minggu depan. aku pasti dia tak menolak . Katalah kau terdesak . Cari masa yang sesuai . Buat-buatlah ada masalah ! " Iskandar mengajar lagi.

" Kau datang nanti kan? "
" kalau dapat…aku kenalkan….Aku rasa aku nak melamar dia!! "
" Kau serius! Bertuah badan…." kata Iskandar .
" Orang mana? "

" Kota Bharu .tapi tak banyak aku tahu latar belakang dia, namanya Lia Amalina. " Ujar Johari lagi.
Tersirap wajah Iskandar dengar nama itu. Berubah wajah dia tiba-tiba. Namun Johari tidak perasan
" Lia Amalina…nama yang dah terpahat di hatiku! " Ucap Johari lagi.
" Kau siasatlah…" Iskandar merengus perlahan.
Tak mungkin ! Bisik hatinya .
selepas beberapa lama, Johari meminta diri .

Keesokan harinya, di pejabat Johari, dia bersedia memulakan rencana Iskandar.

" Kenapa Encik Johari nampak ada masalah ? " Tanya Lia semasa mereka sedang mengemas dokumen untuk difaks.

" Saya susah hati dua perkara ." Ujarnya perlahan.

" kalau lah saya dapat tolong ! " Lia mengujar lembut.
" Memang pun…Cuma Lia yang dapat tolong Joe." Dia mula menguji Lia.
" Encik Johari….maksud nya …." Tanya Lia lagi.

" Pertama…jangan panggil saya encik kalau bukan dalam urusan rasmi di luar pejabat. Setakat dalam ni, panggil Joe, untuk urusan biasa . Kalau ada orang luar baru panggil encik!

Kedua, saya sangat-sangat harap Lia temankan saya ke majlis kenduri pak Ngah di Bukit Kenny. Saya malu ke sana seorang sebab semua saudara mara yang lain dah kahwin. saya selalu kena giat ." Lembut dan tenang Johari mengatur bicara.

Seperti dalam masalah besar. Lia diam sejenak.Dia tak tahu sehingga bila dia mampu memberi alasan buat Johari. Dia masih ingat kata-kata Zurin, Johari seorang yang baik dan jujur. tak pernah berpura-pura dalam semua hal. kalau dia ada jodoh dia rasa bertuah kalau kahwin dengan Johari. Tiada kejujuran lain buat lelaki itu.

" Lia fikirkan ." Tambah Lia tenang.
Johari puas menatap wajah La.
" Yang mana .Nombor satu ke nombor dua.?"
" Both" Jawab Lia. Tersenyum sedikit .Mencairkan perasaan Johari .

Mereka meneruskan kerja-kerja pejabat seperti biasa .

Di rumah, Lia termenenung memikirkan hal Johari. Ditolak susah, diterima takut memberi harapan.
" Tak makan ? " Tanya Zurin .
Lia memandang sepi ke jalan raya.
' susahlah Rin…nak cakap macam mana lagi ya…"
" Pergi lah Lia….kesian Johari.Dia ikhlas. Dah dekat tujuh kat sini , kau takkan tak nampak kejujuran dia. " Kata Zurin .
" Kau tahu kan Rin…aku ….aku….susahlah…aku ikut cakap kau .Tapi kali ni jer ." Kata Lia.
" Kan kau ni kawan aku….aku tahu dia baik. " kata Zurin.Terseyum puas.

Zurin pun hairan .Lia bukan macam gadis-gadis lain suka ke sana- kemari tanpa tujuan.masa lapangnya selalu dipenuhi dengan membaca dan berfikir. Tak tahu apa yang dia fikir.

" Aku on the way ..nak ambil Lia. " kata Johari. Dia memberhentikan kereta sekejap, menjawab panggilan Iskandar.
" Sorry Joe…aku tak dapat ikut. Aku balik kampung.My grandma buat Kenduri arwah .Next time aku berkenalan. Have a good day ! " Kata Iskandar lagi.Talian diputuskan.
Johari meneruskan pemanduan ke rumah Lia.
" Bye Rin…Bye " Kata Lia.
Zurin melambai tangan. Merenung pemergian Lia dan Johari sehingga hilang dari pandangan. Zurin sedang menunggu kawannya datang ambil untuk makan tengahari .

Sunday, July 26, 2009

Luka Di Celahan Rindu 14

LIA AMALINA cepat-cepat masuk ke dalam lif yang masih terbuka .Kemudian diikuti Johari.Disebabkan kesesakan, Johari terpijak hujung kasutnya. Lia tersentak kecil dan mengundur mencari ruang. Tiba-tiba dia tertolak ke depan .betul-betul bertembung dengan badan Johari. Lia cuba bersahaja ,walaupun terdengar beberapa suara nakal tertawa .

Lif terbuka, dan mengurangkan kesesakan . Mereka keluar serentak.
" Maafkan saya encik…." Ujar Lia cepat-cepat.Bimbang takut terlewat jumpa bos nanti.
" Samalah …saya terpijak kasut cik tadi…" Giliran Johari pula meminta maaf .
Johari menatap wajah ayu Lia. Terasa sesuatu mengusik kalbunya.

" Dari mana, mungkin saya boleh tolong saudari! " Johari cuba memancing dengan wajah kacaknya dan pakaian berjenamanya.

Lia tak pandang kasut mahal buatan luar negara Johari, Lia tak pandang rupanya, Lia tak pandang baju dan seluar mahalnya berjenama luar negara .Malah tak pandang dua kali pun ke muka Johari yang kacak itu , tak kurang kacak juga digandingkan dengan Iskandar . Itu yang menghairankan lelaki 30 –an itu .
" Thanks… I have to go…" Ujar Lia dan menapak pergi. Segera ke pejabat tempat Zurin . Lia tidak tahu Johari lah majikannya nanti.

Johari duduk di kerusi. masih terlekat wangian Lia Amalina dan wajahnya di hati Johari.
" Papa. Mana dia? " Tanya Johari.

" Mari..Ini Johari, Pengarah baru syarikat, anak bongsu saya . dan, ini Lia Amalina , penolong Joe nanti . " ujar Tuan Haji Zainal.

" Encik Johari?? " Lia menyalami tangan Johari secara profesional . Johari tersenyum. Terasa ada kemenangan di hati. Tuhan telah temukan jodoh buatnya. Dia berkira-kira dalam hati.
" Maafkan saya Encik Johari…" Lia berbasa - basi mengingatkan mungkin dia agak sombong pagi tadi semasa mereka bertembung di lif.

" Sama-sama. " Johari senyum meleret.

Tuan Haji zainal pada mulanya tak faham . Selepas Johari memberi isyarat , baru dia ingat cerita pagi tadi. Mereka sama-sama tersenyum . Hari itu bermula dengan kemanisan.
Lia cuba menempatkan dirinya di dunia baru itu. Memberi ruang hidupnya bersama Zurin, Johari dan syarikat baru .

Diam tak diam, tiga bulan telah berlalu menemani Lia menghitung hari-hari yang sepi tanpa Iskandar di sisi. Lia hanya berdoa pada Tuhan. Kalau cinta mereka sejati, ke mana pun ia pergi, cinta itu tetap akan datang padanya. Dan, ketika cinta datang bersujud, dia tidak akan menolak lagi ketentuan Tuhan.

Sementara itu , di rumah Johari, dirinya seperti kehilangan sesuatu. Kekosongan yang tidak dapat dia pastikan. Semenjak berada di bawah satu bumbung bersama Lia Amalina, dirinya seperti diamuk perasaan sendiri.
" Apa hal ni, Joe…tak keluar malam ni? " Tanya Puan Hamidah .
Ibu kesayangannya itu semacam mengerti keresahan yang bertamu di hati Johari kebelakangan ini. Macam sudah dekat sebulan Johari tak pernah keluar malam. Kalau ada yang mengajaknya pun, dia menolak .Sibuk dan penat alasannya selalu .

" Malas lah mama. Tak ada mood. " Johari menjawab malas.
" Sejak bila? " Tanya ibunya.
" aper??? " Dia bersuara nakal .
" Bagi mama remote tu kejap ! "
" Nak tutup tv ."
" Okay…sejak bila Joe minat kat dia ?? " Puan Hamidah menguji anaknya.

Sekilas ikan di air dia tahu jantan betina, inikan anak manja yang sorang ni.

" Mama….come on….tak ada kaitan dengan mana-mana perempuan ! " Kata Johari.
" Anak mama , kalau bukan kerana perempuan , tak pernah macam ni tau!! awak tu tak pandai kawan dengan perempuan, tak pandai tackle!!! " Usik Puan Hamidah lagi.
" Please…."
` " Papa kenal?? " Tanya Puan Hamidah lagi.

Tuan Haji Zainal yang dari tadi sedang membaca majalah Dewan Niaga mengangkat mukanya .
" Anak saya…saya kenal!! " Dia menggiat lagi.
" Lia Amalina. Siapa lagi." Kata Tuan Haji Zainal lembut.
" Pelatih yang awak pernah tumpangkan dulu, masa kita nak ke pasar? " Tanya Puan Hamidah.
" Mama suka budak tuu….baik dan lembut. "
" Mengarutlah…saya dan dia tak ada apa-apa…" tambah Johari , padahal mukanya ceria kerana mendapat sokongan ibu dan ayah . Walaupun Lia tak pernah membuka ruang buatnya. Dia masih ingat kejadian suatu petang dahulu.

" Mari saya hantar.Hujan lebat sangat ni." Kata Johari lembut.
" Tak apa …Encik Johari balik dulu. saya ada hal sekejap." Lia menolak . Dia lebih berhati-hati selepas perpisahan dengan Iskandar.
" Marilah saya hantarkan…saya tunggu awak siap kerja. " Ujarnya lagi.
" Maafkan saya Encik Johari…,saya ada chater teksi pagi tadi…" Tambah Lia lagi. Zurin cuma mendiamkan diri . Sebab dia tahu Johari sedang memikat Lia dan gadis itu sudah puas cuba menolak dengan penuh berdiplomasi.
" Haaa…ingatkan siapa pulak! " Tegur Puan Hamidah melihat anaknya senyum sorang .
" Joe…nak keluar kejap.Ke rumah Iskandar ! " Kata Johari .

Johari memandu dengan tenang. Menuju ke simpang rumah Iskandar . Iskandar kawannya semasa belajar di California dulu. Lelaki itu cukup perahsia tetapi seorang sahabat yang sejati .

Dia masih ingat bagaimana Iskandar dengan Fatin menoktahkan hubungan mereka yang disalahfaham oleh Fatin. Akhirnya gadis manis itu menjadi milik Aidil Ikhwan.siapa sangka , cinta tak pernah berakhir dengan bahagia.

Malah cinta yang berakhir dengan air mata lebih bermakna. Itu falsafah Iskandar . Dia pun tidak tahu siapa sebenarnya menghuni hati lelaki itu. Dia tahu barangkali kesepian banyak mengajar Iskandar memahami rasa cinta yang sebenar .

Tuesday, July 21, 2009

Luka Di Celahan Rindu 13

TIGA TAHUN pun berlalu seperti berlalunya kisah cinta Lia dan Iskandar. Ruang menunggu Syarikat Maju Holding Sdn Bhd. di tingkat dua itu sedikit tegang dengan calon-calon temuduga untuk jawatan Penolong Pengarah yang baru , lantaran Pengarah Urusan Syarikat, anak muda Tuan Haji Zainal , yang baru pulang dari luar negara , sudah mula berkerja. Dia ingin memilih sendiri penolongnya.

Tuan Haji Zainal bersara lebih awal sedikit untuk berehat-rehat dan memantau anak lelaki bongsunya dari jauh . Dia cukup risau anak yang seorang ni, sudah mencecah 30 tahun namun, masih belum berhasrat untuk berkahwin.Dia teringin sekali melihat anak bongsunya itu berkahwin dengan meriah sekali .

" Papa ada cadangan ! " Kata Tuan Haji Zainal melihat anaknya yang gusar berfikir. Calon yang ramai –ramai datang, satu pun padanya tidak layak .
" Siapa??" Tanya Johari . Wajah tampannya menunggu ayat dari papanya.
" Lia Amalina, bekas pekerja papa dulu. Pelatih. Barangkali sekarang dia belum kerja di tempat lain. Pernah dulu papa tawarkan kerja .Tapi katanya , nak berehat dulu. " Ujar Tuan Haji zainal lagi.

" Kalau papa yang rekomenkan, Joe setuju lah . Macam mana nak contact dia pa? " Tanya Johari kembali .

" Cuba minta Zurin contact. Dulu mereka duduk serumah . " Tambah papanya kembali.
Terasa ada kekuatan pada Johari. seakan-akan nama Lia Amalina memberi suntikan padanya .

Selepas sekian lama berjauhan dari keluarga , Lia pulang ke Kota Bharu .Dia berehat dan kerja part time di Kuala Lumpur . Dia terpaksa berulang alik Kota Bharu dan Kuala Lumpur bila perlu. Bukan tidak berminat kerja dengan papanya tetapi setiap kali menjejaki negeri Cik Siti Wan Kembang , seolah-olah kenangan Iskandar masih merantai hati.

" Lia pulang kejap jer Ma. Nak beritahu mama.Tempat Lia praktikum dulu , ada tawarkan jawatan baru . Mungkin Lia nak cuba. " Ujar Lia lembut. Ibunya diam sahaja. Selama ini pun dia tak pernah engkar dengan keputusan Lia.
" Selalu lah pulang ya…Bukan Lia tak tahu , Abang Fazli dan berkeluarga dan kerja, jarang dapat pulang kalau tak ada cuti . Lagi pun macam dah menetap di Pulau Pinang . " Ujar mamanya yang sepi kerana anak-anak sudah tinggal jauh-jauh.

" Papa kan ada …." usik Lia, melihat Datuk Mahfuz sedang asyik membaca akhbar .
' papa tahu kan, mama sunyi ,jadi selalulah duduk kat rumah !! " Kata Lia lagi.
" Kamu tu ….bila lagi nak kahwin.Dah kahwin nanti senanglah papa.Suruh suami kamu kerja dengan kita.Kamu tinggal lah kat sini . " Usik Datuk Mahfuz lagi.

Mereka ketawa kecil. wajah Iskandar tiba-tiba terbang di benak Lia, kemudian pecah berkeping-keping.
Lia teringat kawan yang kahwin. Ila, Kamal Adli, Abang Fazli, dan berpuluh-puluh rakan lamanya dan rakan di kampus. Cuma , tiada berita perkahwinan Iskandar atau Fatin atau Aidil Ikhwan . Mungkinkah mereka berkahwin tanpa pengetahuanku .Begitu fikir Lia. Atau adakah Iskandar masih seperti dulu .

" Jadi …Lia tinggal di mana nanti. " Tanya datin Maria pula.
" Rumah Zurin . Lia pun dah rindu kat dia. Lama tak jumpa. Dah dekat 6 bulan . " Tambah Lia. Ada sedikit ceria di wajahnya .
" Nak papa hantar." Tanya Datuk Mahfuz pula.

" Tak payahlah Pa…lagipun, Lia tak pernah cerita kat sesiapa di pejabat tu, tentang papa dan mama. Mereka tak tahu tentang latar belakang Lia. "
" Lia Cuma cakap dari Kota Bharu , ibu dan bapa ada, dan masih kerja. Kecuali Tuan Haji Zainal. Dia mungkin tahu tentang papa. Sebab dia kenal papa sikit-sikit. Dia dan papa kan, lubuk yang sama. " Ujar Lia.

Lia melabuhkan punggung sebelah Datin Maria.
"Esok Lia jalan ya Ma." Kata Lia lagi . Datin Maria senyap seketika. Sedih kerana cepat sangat Lia nak pergi.
" Tak apa lah Lia. Jaga diri baik-baik . Kalau perlu apa-apa just call me. " Kata Datuk Mahfuz lagi.
Lia tersenyum riang seketika. Terlupa wajah Iskandar . Dia cuba mencari jalan baru dalam hidupnya. Biarkan Iskandar dan memorinya berlalu.

Monday, July 20, 2009

Luka Di Celahan Rindu 12

" Ke luar negara ? Sambung belajar ? " Lia terdiam tiba-tiba.
" Petang ni mereka bertolak . " Kata Fazli lagi . Lia Amalina diam berjurus-jurus dan menghimpun seluruh kekuatannya .

Sampai di KLIA , mereka bergegas ke satu sudut . Keluarga Iskandar, keluarga Fatin , keluarga Aidil Ikhwan dan beberapa keluarga lain ada di sana . Lia Amalina tega sendiri .

Mungkin inilah penentu kisah cinta mereka. Iskandar sambung belajar di California, Amerika Syarikat.Begitu juga Fatin, Aidil Ikhwan dan dua rakan baik mereka.

Lia tetap di bumi Iskandar . Dia akan menyambung kerja-kerja syarikat papa di Kuala Lumpur.Kalau nak belajar di mana-mana pun boleh , fikir Lia.

" Hai… selamat maju jaya Is." Ujar Lia tenang . Wajah cantiknya tetap tenang walau beberapa lama mata Iskandar terpacak di wajah.

" Mungkin takdir telah menyuratkan kita begini!! " Ujar Iskandar lagi.

" Biarlah kemaafan datang bersama hati dan keikhlasan bukannya simpati dan perasaan !! " Tambah Iskandar lagi.Seperti tewas memenangi hati Lia Amalina.

" By the way…take care , mungkin Is berkeluarga di sana …siapa tahu kan!! " Usik Lia dan cuba mengukir senyuman selepas sekian lama bersedih.

" Take care Lia..kalau ada jodoh , kita bersama lagi…" Usai Iskandar lembut. Seperti ada makna dalam renungan tajam Iskandar .

" Aidil ….jaga diri .Kalau berjumpa sesiapa nanti, jangan lepaskan lagi . " Tukas Lia. Aidil tersenyum .Senyuman kelukaan tanpa Lia sedari .

" Terima kasih untuk persahabatan kita yang cukup indah ! " Tambah Lia.
Selepas bersalaman , mereka berpisah di situ. Lia merenung waktu yang berlalu pergi. Masih kah ada kisah buat mereka. Hatinya berdetik rindu.

Saturday, July 18, 2009

Luka Di Celahan Rindu 11

Lia kembali ke kampus. Membawa bersama segala kenangan Iskandar . Lia ingat pesan mama dan papa . pulang sahaja jika Lia memerlukan kami . Sampai di rumah Mak Long, Fazli telah pun sehari sampai lebih awal . Fazli telah tahu hampir kesemua kisah hidup adik manjanya itu. Namun tidak pada hati Lia. dia tak tahu hati Lia masih pada Iskandar Hakimi .

" Lupakan yang sudah berlalu Lia. Abang tetap bersamamu . " Ujar Fazli suatu petang semasa mereka duduk –duduk di halam rumah .
" Kenapa lama tak dengar cerita Aidil ?? " Tanya Lia perlahan .
" Aidil ada datang minggu lalu . Nampaknya Aidil pun sudah tahu kisah hidup Lia. Mungkin dia tak punya kekuatan lagi untuk menghampiri Lia . " Abang Fazli memberikan pandangannya .

Seperti biasa , hari Selasa , jam lapan , mereka ada kuliah di DTSP . Lia , Zarina dan Nani mengambil tempat duduk . Dan Aidil tiba-tiba muncul untuk sekian lama .
" Hai…Good morning!! " Ucap Aidil senyum. Semacam ada kelainan pada senyuman Aidil.Semacam ada kelainan pada bicara bahasa Aidil . Lia tahu dan Lia sedar semua tu. Aidil pandai berlakon. Cuba bersikap dewasa di depan Lia. Cuba memujuk hati Lia. Biarlah Aidil sendiri menentukan hala tujunya .Fikir Lia lagi.
" Hai…lama tak jumpa kan…U sihat ? " Tanya Lia lembut. Seperti ada keikhlasan yang dicurigai . Lia terasa kekok tiba-tiba .Aidil hilang bersama kenakalannya . Tiada wajah lucu lagi di mata Aidil .
" I memang macam ni Lia…I'm okay. " balas Aidil dan menunjukkan isyarat mata pensyarah telah pun masuk . Kuliah berjalan seperti biasa selama 2 jam berikutnya.
" U all nak ke mana nanti " Aidil bersuara.
Bukan seperti selalu dia akan mempelawa kami makan bersamanya . Dulu Kamal Adli pernah berfalsafah tak semua cinta berakhir dengan bahagia. Benarkah semua ini berlaku pada Aidil sekarang. Dan , di hadapan mata Lia sendiri .

" Tak nak ajak kami makan ?? " Lia pula tiba-tiba berkelakuan aneh .
Zarina dan Nani yang sudah pun tahu hal itu menjadi kekok. Mereka berdua ni, entah kenapa bersembunyi dalam hati sendiri .

" Tak apalah …Lia gurau jer…jom.Kami ada hal sikit. Nak ke pasaraya jap! " Lia berbohong dan pada mata Aidil , dia nampak pembohongan itu. Begitu juga Zarina dan Nani .
Mereka bertiga duduk di satu sudut di Kafeteria Desasiswa Bakti . Aidil Ihwan telah pun hilang beberapa minit tadi . Membawa sekeping hatinya yang luka barangkali. Fikir Lia. Tidak mengapa Aidil akan bertemu gadis lain yang sepadan buatnya . Doa Lia diam –diam .

" Jom.ambil nasi ! " Ajak zarina selepas sekian lama. Lia mendiamkan diri . Nani dan Zarina bangun.

Lia lambat-lambat bangun membuntuti mereka. Semasa sedang asyik memilih lauk-pauk. Lia terasa seperti ada orang memerhati. Dia biarkan persaannya .Barangkali bermain dnengan hati sendiri. Lia duduk di meja.Zarina dan Nani beratur membeli minuman.

Lia mengambil sebuah majalah ilmiah. Cuba membacanya mengisi masa. Namun hampa.Hanya wajah Iskandar bermain di benak. Dia mengangkat muka. Dan di situlah dia ternoktah. Memang kumpulan Iskandar Hakimi, Fatin dan rakan-rakan mereka berhadapan dengan Lia. Wajah Iskandar betul-betul di hadapan matanya. Selepas sekian lama dia tak nampak wajah itu lepas kisah di Kota Bharu dulu.

Getaran hati Lia memang tak terkawal lagi. Terasa bahang di wajahnya. dan Lia tak dapat sembunyikan keresahan itu dari mata teduh Iskandar . Iskandar masih seperti dulu.Mencuri pandang sekali-sekala tapi tajam dan menyelidik .

Zarina dan Nani duduk. Tanpa terkesan kehadiran Iskandar . Lia makan lambat-lambat. Seperti segan kerana Iskandar memerhatinya.
" Lia…kau nampak apa yang aku nampak. " Zarina bersuara .
" Nampak. Dari tadi .Yang berdepan , baju biru tu. Itulah Fatin. " Lia memberitahu. Zarina mencuri pandang ke arah Fatin. Seksi .Fikir zarina.
" Jom lah …makan cepat. Nanti kau tak senang duduk ni!! " Lia menggesa.

Nasinya separuh pun tak tumpah. Dia sudahkan. Nani dan zarina pun tak habis makan . Selepas minum dan bersembang sedikit, mereka berlalu. Membiarkan Iskandar keseorangan .
Benarkah Iskandar terima cinta Fatin. Lia nampak kemesraan mereka. Dan Lia, benar-benar cemburu . Tak sanggup melihat pujaan hatinya bersama insan lain. Tapi kalau itu kehendak Iskandar , Lia rela.

Adakah itu kehendak Iskandar ? Atau aku yang menghukumnya ? Lia bermain dengan perasaan sendiri . Musim peperiksaan akan datang tak lama lagi. Selepas musim peperiksaan , bermakna akan tertutuplah kamus Iskandar dan Lia Amalina. Hanya takdir yang menentukan di mana dan bila mereka akan bersatu .

Thursday, July 16, 2009

Perjalanan Menuju Daerah Gerik.

Sebelum sampai Gerik, limpas dulu area Batu 2, Ada R&R Batu 2.

Ni taman kanak-kanak



Baca papan tanda ....masa first datang sini,
slow-slow kami jalan....takut terlimpas...

Mendekati daerah Gerik....


Nasib...tak sesat juga beb....dulu susah gak,
first time datang, nak cari rumah lagi...
kan baru transfer dari Sabah ...

Apa pun...dah dua tahun kat Gerik.....
Okay jerr....

Bunga Indah Di Kawasan Kuala Rui .

Bunga-bunga ni, ambil gambar kat kawasan Kuala Rui...

cantik sangat ....