Thursday, May 14, 2009

Laman Sastera : Umum Tentang KMT Kertas 1 STPM

Kegunaan Kertas 2 :KM Moden
Kegunaan Kertas 2 : KMModen


Kertas 1 : KMT

Kertas 1 : KMT



UMUM TENTANG KM 1


Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1.

Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 ialah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 ialah Kesusasteraan Melayu Moden.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian seperti di bawah:


BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)
BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL


ASPEK-ASPEK KAJIANPelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:
1. Pengenalan
2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
4. Karya Agung
5. Prosa Melayu Tradisional
6. Puisi Melayu TradisionalPengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek definisi iaitu definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan definisi khusus tentang kesusasteraan

Melayu tradisional. Pelajar juga akan mengkaji tentang fungsi yang meliputi kefungsian dari segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi kepuasan estetik.Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa tradisional dan puisi tradisional.

Prosa tradisional dipecahkan kepada naratif dan bukan naratif. Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan.

Naratif lisan terdiri daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan terdiri daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan Sastera kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada Sastera undang-undang, Sastera agama Sastera kitab, Sastera ketatanegaraan.

Puisi Tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif.
Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair, manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang Dikir/Zikir, Ruba’I, Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qit’ah, Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.


Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan kemunculan dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada cerita rakyat, mitos, dan legenda) dan sastera tulisan secara khusus (sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu zaman pra-Islam dan zaman Islam.


Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu tradisional seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.


Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas gambaran kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek yang dikaji dalam bahagian ini ialah Keagungan raja dan Negara, Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral dan Gambaran masyarakat.


Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian terhadap pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan kedudukan. Di samping itu kajian juga melibatkan penghayatan intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang dikaji.


Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi Melayu Tradisional. Kajian melibatkan pengenalan secara umum tentang definisi, fungsi, cirri/sifat sastera dan kedudukan. Kajian juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan ekstrinsik.

TEKS KAJIAN

1. SULALATUS SALATINSulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat STPM adalah hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP. Pelajar dapat membeli buku ini dengan harga yang lebih murah kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi khas untuk pelajar dengan harga RM 11.00.

2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONALDiselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan oleh DBP.


3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALSukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan “Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan Sastera.



Jika ada kemahuan, di situ ada jalan...... Marilah bersama memartabatkan Sastera Melayu .









1 comment:

fiza said...

salam...nak tnya mana nak dpt kan teks sastera 2???susah la nak cari...boleh bg x kat mana kedai buku yg still ada jual...