Saturday, May 16, 2009

Merisik Kenangan Kelas 6 A 3 Penghujung STPM 2006

Ni... SMK Tambunan, dari jauh ....pandangan dari Quarters guru tingkat 3

Sayang anak-anak murid... Kelas ku, Mazidi Ketua Kelas, Mel - Penolong.

Barisan warga 6 A 3 tahun 2006 ... bagus-bagus bah diorang ni!!! ...

Pandangan dari jauh ...SMK Tambunan.





Kenangan Di Rumah Kawan Lama, Tambunan, Sabah .

Sedapnya...makan nasi ayam..

Jom...makan....

Bergambar kenangan....tahun 2007 ...


Jangan lupa kan kami, walau di mana jua kau berada....




Lapangan Terbang Kota Kinabalu,

Pulang Kampung bah!!... Tahun 2007 ...

Dari KK Air Port ke KL - 2 Jam lebih ...


Jalan-jalan dulu ,....


Kena gambar bah!!! Siot bangat ni!!



Rumah @ Peringat.Kota Bharu. Kelantan.











Kenangan Rumah Sewa Di Tambunan, Sabah


Rumah Sewa Semasa Mengajar di Tambunan, Sabah .


Anak dan anak jiran bermain waktu petang.

Halaman rumah sewa yang lapang


Petang-petang , jalan-jalan ....


































Suasana Di Kampung

Kampung Baru, Padang Bual, Beris Kubor Besar .





Friday, May 15, 2009

SKETSA WAJAH CINTA




Bintang yang bersinar itu
Bagaikan memberi pengertian
Setitis tinta di lautan menyapa
Sejuta warkah keilmuan,
Benarkah di alam maya pada ini
Begitu insan ketandusan ilham di fikiran
Sejenak mencari gerak gaya
Menodai fardu-fardu yang dikifayahkan
Menistai pengorbanan azali insan yang melahirkan dan membesarkan,
Menidakkan yang hakiki di dada hakikat,

Sebentar tadi,
Termangu aku di birai kenangan
Tersenyum melihat anak ikan berkejaran di danau itu
Namun,
Tercipta juga sebuah kenangan
Walau bukan yang terindah,
Tetap terpahat kukuh di kotak minda,



Benarkah cinta ilmu ini
cinta sejati?
Lantaran aku pernah kecewa di tangan cinta manusiawi
Wajarkah membiarkan Mat Jenin dengan impiannya?
Aku tak akan berpaling ke sana
kerana kupegang nian di hati
Kandil ilmu menyinari kelam malam.

Puisi: Bicara Cinta Tsunami



BICARA CINTA TSUNAMI
Andainya engkau tahu
sekeping hati bisa ditatap
mungkinkah sanggup melihat deritanya
Sarat dengan sengsara
walau terlindung di sebalik nyalaan redha

Andainya engkau tahu
jika hati bisa bermadah bicara
sudah pasti
engkau mendengar cerita yang paling sedih
Namun…..
tersembunyi di tabir harapan

Jika engkau tahu
walau hati ini bisa berlagu
sudah pasti mengalunkan irama yang paling sendu walau mungkin
Ternoktah di dinding kesabaran

Jika engkau sedar
Kalau hati ini bisa dilukis
sudah pasti engkau menangis
melihat keburukan, kepedihan dan kepiluan
tertanam di dalamnya
sedang kanvas yang tak bernyawa bisa menilai
erti keperitan cinta tsunami
yang tergadai
oleh maruah diri
oleh jelekan hati nurani
oleh ratapan nafsu berahi.

Mengenangkan dirimu Tsunami
menjadikan aku begitu kerdil
hina dan papa dalam mengejar kehendak azali
merenung zahirmu Tsunami
menjadikan aku insan hina
hanyut di lembah jagatraya
yang bermata tapi tak berhati

Mengingati diri Mu Ilahi
menyedarkan aku di alam maya
menitiskan darah berwarna jingga
melihat gelimpangan mayat di dada bumi
biarkan bicara ini
bicara cinta Tsunami
dalam korpus kehidupan yang tak bertepi
menadah tangan insani
memohon simpati yang hakiki .


Kencana Merana .

Thursday, May 14, 2009

Laman Sastera : Berkenalan Dengan Kesusasteraan Melayu

APA ITU KESUSASTERAAN MELAYU ???
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni: Prosa dan Puisi

Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah.
Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan.
Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan.
Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik,Seloka, Mantera dan sebagainya.
Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni: Naratif Bukan Naratif

Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku.
Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.
Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.

Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif.
Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

Laman Sastera : Aspek Kajian Karya Sastera Melayu

ASPEK KAJIAN KARYA SASTERA MELAYU
FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU
Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari. Matlamat Melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.

Objektif

1.memahami isi dan menganalisis aspek sastera
2. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera
3. menghayati dan menghargai estetik bahasa
4. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya
5. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara.
6. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid
7. memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.





ASPEK KAJIAN KARYA SASTERA

Sinopsis
ü Ringkasan cerita
ü Gambaran keseluruhan cerita
ü Membantu pembaca memahami cerita

Tema
Persoalan pokok atau persoalan utama/ idea dasar, gagasan, fikiran
Tema hanya satu
menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan
keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam

Persoalan
1. perkara-perkara kecil dalam karya yg ada
hubungan dengan tema
2. Persoalan bertujuan mengukuhkan tema
yang diketengahkan
3. Dapat dikesan melalui tindakan watak atau
peristiwa yang berlaku


Watak dan Perwatakan
1. Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan)
2. mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran
3. Sifat-sifat yg digambarkan pada watak –Perwatakan -Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah
laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran
4.Watak pembantu /watak sampingan - perbezaan dgn watak
5..menimbulkan unsur ketegangan/konflik
6.watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau pandangan hidup penulis
7..watak digunakan mengembangkan tema / persoalan/mengubah persekitaran
8.Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak penyambut - lazimnya nilai negatif), protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis, mengalami perubahan, bersifat kompleks),
watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya),
watak kodi (nenek kebayan)


Latar
v Keterangan mengenai waktu, ruang, suasana terjadi sesuatu peristiwa
v Digunakan untuk mengembangkan watak/perwatakan, tema dan persoalan
v Terbahagi tiga
a) Latar tempat
b) Latar Masa
c) Latar masyarakat


Plot
· Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg berasaskan sebab-akibat,
· dijalin dgn permulaan, perkembangan, konflik, puncak dan peleraian
· Bukannya jalan cerita
· Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.
· Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog dalaman
· Cerpen - hanya ada satu plot
· Novel -ada plot utama, plot sampingan


Gaya Bahasa/Unsur Keindahan
Cara penggunaan bahasa yang baik, kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalan
Diksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang

Ø Diksi - pemilihan kata
Ø Asonansi
Ø Aliterasi
Ø Alusi - tokoh
Ø Simile - gaya bahasa perbandingan jelas
Ø Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan, perahu waktu
Ø Anafora -pengulangan awal baris
Ø Epifora -pengulangan pada akhir baris
Ø Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan
Ø Personafikasi- sifat-sifat manusia

Nilai
§ Amalan atau tingkah laku baik yang ada pada individu, kumpulan atau masyarakat
§ Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh
§ Contohnya - sikap bekerjasama

Pengajaran
Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya
Dikesan melalui tindakan watak dan peristiwa yg terjadi
Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh

Sudut Pandangan
Kedudukan pengarang dalam menyampaikan cerita
Sudut pandangan orang pertama - pengarang salah seorang daripada watak - aku, saya
Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar cerita, solah-olah serba tahu tentang watak

Bentuk
ü Susunan unit-unit berirama
ü Bilangan rangkap
ü Bilangan baris dalam rangkap
ü Bilangan suku kata dalam baris
ü Rima akhir

Laman Sastera : Umum Tentang KMT Kertas 1 STPM

Kegunaan Kertas 2 :KM Moden
Kegunaan Kertas 2 : KMModen


Kertas 1 : KMT

Kertas 1 : KMT



UMUM TENTANG KM 1


Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1.

Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 ialah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 ialah Kesusasteraan Melayu Moden.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian seperti di bawah:


BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)
BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL


ASPEK-ASPEK KAJIANPelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:
1. Pengenalan
2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
4. Karya Agung
5. Prosa Melayu Tradisional
6. Puisi Melayu TradisionalPengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek definisi iaitu definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan definisi khusus tentang kesusasteraan

Melayu tradisional. Pelajar juga akan mengkaji tentang fungsi yang meliputi kefungsian dari segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi kepuasan estetik.Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa tradisional dan puisi tradisional.

Prosa tradisional dipecahkan kepada naratif dan bukan naratif. Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan.

Naratif lisan terdiri daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan terdiri daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan Sastera kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada Sastera undang-undang, Sastera agama Sastera kitab, Sastera ketatanegaraan.

Puisi Tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif.
Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair, manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang Dikir/Zikir, Ruba’I, Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qit’ah, Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.


Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan kemunculan dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada cerita rakyat, mitos, dan legenda) dan sastera tulisan secara khusus (sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu zaman pra-Islam dan zaman Islam.


Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu tradisional seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.


Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas gambaran kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek yang dikaji dalam bahagian ini ialah Keagungan raja dan Negara, Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral dan Gambaran masyarakat.


Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian terhadap pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan kedudukan. Di samping itu kajian juga melibatkan penghayatan intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang dikaji.


Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi Melayu Tradisional. Kajian melibatkan pengenalan secara umum tentang definisi, fungsi, cirri/sifat sastera dan kedudukan. Kajian juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan ekstrinsik.

TEKS KAJIAN

1. SULALATUS SALATINSulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat STPM adalah hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP. Pelajar dapat membeli buku ini dengan harga yang lebih murah kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi khas untuk pelajar dengan harga RM 11.00.

2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONALDiselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan oleh DBP.


3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALSukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan “Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan Sastera.



Jika ada kemahuan, di situ ada jalan...... Marilah bersama memartabatkan Sastera Melayu .









Foto comel hari sukan SM SIS II.












Comel kan semua gambar ni....





Saturday, May 9, 2009

Jeje @ Gerik.... April 2009

Hai...welcome to Gerik, Jeje...

Kakak... Jom tengok ni....wahhhh...


Santai dengan cousin,


Post depan KFC Gerik...




Album 2008 dan 2009

Bilik Guru, SMK Sultan Idris Shah II, Gerik, 2008

Ni, kat Padang Kawad Tentera , Gerik ,April, 2009

Ni, kat Quarters Guru SMK SIS.- April, 2009


Hai.... Ni, gambar kat Bilik Guru SMK SIS II, Gerik.- 2008Baii....




Friday, May 8, 2009